This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 27 Jun 2012

BAHAGIA Itu Kita Yang Punya

Erti Bahagia.

Bahagia....
Bila ditanya kepada kita, “Adakah kita ingin bahagia?” Pastinya kita semua menginginkan bahagia. Namun, apakah pengertian bahagia bagi kita?

Ada yang merasa bahagia dengan kerja bergaji besar, ada juga bahagia dengan pangkat besar dan rumah besar, bahkan ada juga yang bahagia dengan isteri besar!

Benarkah begitu?
Tanyalah hati anda. Bisikkan pada jiwa anda secara halus. Dan jawablah dengan penuh kejujuran.

“Apakah pengertian bahagia bagi anda?”
“Apakah perkara yang mampu membahagiakan anda?”

Ada kala kita tercari-cari erti bahagia yang sebenar. Selalu kita buntu dalam pencarian yang tanpa henti ini. Namun, tidak semua perjalanan manusia yang mencari-cari kebenaran meraih jawapan secara tepat.

Dan seringkali kita meletakkan syarat untuk bahagia. Perlu rumah besar, harta yang banyak, mahu popular dan disanjung ramai dan sebagainya. Mengapa perlu kita meminta ‘mahar’ kepada sang bahagia untuk datang ‘merisik’? Berlapang dadalah. Terimalah hidup seadanya. Merasakan cukup dengan apa yang Allah s.w.t. kurniakan, merasa redha dengan kurniaan Allah s.w.t.

Indahnya hidup bukan kerana ramainya orang yang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang berbahagia kerana kita. 

Dan dalam ramainya bersahabat,
Carilah persamaan dalam perbezaan.
Kerana persamaan itu membawa keserasian,
Membuahkan cinta, membangkitkan bahagia.

Indahnya hidup bukan juga dilihat pada kekayaan dan harta yang dimiliki, tetapi lihatlah pada kekayaan hatimu.

Berapa ramai orang yang popular merasa bahagia?                                  
Berapa ramai orang yang kaya merasakan bahagia yang sebenar?

Walau miskin kita, ataupun kayanya kita...maka, jadilah kita insan yang bisa merasa erti bahagia. Walau tinggi atau rendah taraf kita, jadilah insan yang dapat menggenggam bahagia. Kerana bahagia itu bukanlah hak milik peribadi bagi sesebuah masyarakat, bukan pada sekelompok manusia, tetapi bahagia itu untuk semua, buat jiwa yang bergelar manusia. Bukankah indah hidup ini jika kita mampu berfikir sedemikian rupa? Mengapa perlu memberatkan kepala memikirkan betapa deritanya hidup kita di dunia ini?

Allah..Allah...berikanlah kami merasa cukup dengan segala pemberianMu.

Hidup, begitu singkat. Maka perlu berusaha.

Dalam mengharungi kehidupan ini...,
Kadangkala...,
Sangkaan kita tidak sama dengan realiti.

Selalunya, 
hakikat lebih pahit daripada angan-angan & andaian.

Namun, itu tidak bererti kita tidak layak untuk berimaginasi.
Tidak berupaya untuk bercita-cita.
Tidak mampu untuk berusaha.

Percayalah, kalau ada peluang 1% sekalipun,
InsyaAllah...dengan izin Allah, 
Maka tiada perkara yang mustahil.

Teringat kalam hikmah dari Us Abdul Rahman Mahmood, pensyarah kanan di Jabatan Usuluddin & Falsafah UKM sewaktu pengajian Kitab Minhajul 'Abidin:

"Mintalah apa yang kamu mahu dari Allah,
Allah itu Maha BERKUASA,
kalau itu yang baik buat kamu, pasti Dia akan beri."

Jom sama-sama kita berusaha dan berharap pada Allah,
dalam mengejar cita-cita, dalam menuntut ilmu,
dalam mencari rezeki, bahkan dalam mencari jodoh!

Manusia...
Terkadang kita cuba lari dari kenyataan.
Terkadang kita cuba lari dari kehidupan.

Mengapa...?

Kerana kita manusia... manusia biasa.
MOga suatu hari nanti,
Allah jadikan kita insan luar biasa,
Yang bisa hadapi kenyataan,
Yang dapat tempuhi kehidupan.

Bahagia sebenar.

Dalam Islam, pencarian bahagia yang hakiki bagi seorang muslim sejati adalah pertemuan dengan al-khaliq. Tuhan yang menciptakannya. Tuhan yang menghidupkannya. 
Kerana apa?

Kerana dia menyedari, segala yang diperolehi di dunia ini adalah kurniaan dari Allah. Pertemuan dan cinta, persahabatan dan kesetiaan, perhubungan dan silaturrahim, semuanya adalah kurniaan Allah s.w.t. Segala gelak tawa, suka duka, semuanya juga adalah dari rahmat Allah s.w.t.

Mukmin yang sejati akan merasakan bahawa segala duka dan tawa adalah tarbiyah dari Allah s.w.t. Duka baginya adalah sebagai  pengharapan kepada Allah. Tawanya melahirkan syukur kepada Allah. Maka, beginilah caranya mereka merasa dekat dengan Allah. Inilah pencarian bahagia sebenar bagi seorang mukmin.

Sebagaimana syair yang dikarang oleh seorang ahli sufi, Abu Sa’id ibn Abu Khair yang berasal dari Khurasan, bertajuk INDAH :

Segala perjalanan menuju Engkau, adalah INDAH.                                 
Segala wajah yang bertentangan dengan wajahMu, adalah INDAH.             
Segala mata yang bertentang dengan sinarMU, adalah INDAH.               
Segala lisan yang mengulangi namaMu, adalah INDAH.

Hayatilah doa yang kita baca pada setiap hari,

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

Titipkanlah harapan sepenuhnya kepada Allah s.w.t., insyaAllah yakinlah bahawa sesungguhnya, ada bahagia buatmu.

Yakinlah, BAHAGIA itu kita yang punya!!! 

Ahad, 12 Februari 2012

Cinta Agung, Pastinya Dia dan dia

Cinta.

Suatu perkataan yang ringkas. Indah. Manis. Misteri.

Mudah diungkapkan namun sukar untuk dimengertikan, apatah lagi untuk dibuktikan.

Namun bagi pecinta sejati, cinta itu adalah suatu yang agung. Sukar baginya untuk menghurai istilah cinta. Ia sukar diungkapkan dengan kata-kata, kerana lidah menjadi kelu. Kelu sehingga tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang bisa menggambarkan apa itu cinta dan bahagia.
Dalam hati bernada indah, kerana cinta agung itu mekar di hati.

Cinta Agung, Pastinya Dia dan dia

Apakah itu cinta agung?
Cinta agung adalah cinta yang teristimewa, terpenting dan paling membekas di hati. Bila kita jatuh cinta, pasti dia yang bertakhta di hati. Cinta kepadanya melebihi cinta pada diri sendiri.

Jika insan biasa seperti kita, pastinya akan membayangkan cinta kepada ibu dan bapa, ahli keluarga, sahabat handai, juga yang paling membekas di jiwa adalah si jantung hati. Tidak lupa juga kepada Allah. Yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Penyayang.

Namun siapakah insan yang paling layak dicintai selain Tuhan?
Cinta agung, pastinya Dia. Bagaimana pula dengan dia?

Jika sang kekasih, pastinya menyebut nama sang kekasihnya. Namun, siapakah kekasih yang paling setia, paling tulus dengan cintanya? Adakah si jejaka yang dicintai, atau bidadari yang diidamkan?

Dunia tersenyum dengan kehadirannya. Dunia masih menangisi pemergiannya. Namun dia masih membekas di hati. Yang sentiasa hidup dalam kehidupan seharian kita. Pastinya cinta padanya melebihi dari segalanya.
Siapakah insan yang seharusnya mendapat tempat tertinggi di hati kita? Semestinya Sayyidina Muhammad s.a.w.

Sayyidina Muhammad Itu Insan Paling Layak Untuk Dicintai

Bila berbicara tentang layaknya baginda untuk mendapatkan cinta kita, pasti ada yang menyoal kembali. “Mengapa baginda? Bagaimana dengan ibu kita yang melahirkan dan membesarkan? Bagaimana dengan bidadari yang sungguh setia dengan suaminya?”

Sedarkah kita, cinta baginda itu, melebihi kasih seorang ibu, lebih luas dari langit, lebih mekar dari kembangan bunga. Cinta baginda itu cinta teragung.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Habib Ali al-Jufri, detik-detik kewafatan baginda, saat baginda merasai sakaratul maut, baginda merasai kesakitan yang teramat sangat. Bersabda baginda kepada malaikat maut : “Berlembutlah saudaraku, wahai malaikat maut.” Peluh keluar di dahi baginda seakan-akan butiran permata seharum kasturi. Baginda merasai kesakitan itu. “Aduh…, kematian itu amat menyukarkan. Ya Allah! Ringankan kesukaran maut terhadapku”.

 Maka para malaikat dari langit turun menemui baginda. Berkata malaikat kepada baginda, “Ya Rasulullah. Selawat dan salam ke atasmu. Sesungguhnya keperitan sakaratul maut itu 20 kali ganda kesakitannya seperti pedang yang tertusuk.” Ada riwayat yang lainnya menyatakan 70 ganda kesakitan yang dirasai.

Maka menangislah baginda, “Ya Allah…! Ringankanlah kesukaran maut terhadapku dan untuk ummatku. Ummati..ummati…!”. Sungguh mendalam cinta baginda kepada kita.

Inilah kisah seorang pecinta sejati. Cinta kepada ummatnya. Cuba kita tanyakan ke dalam hati kita, bagaimana cinta kita kepada baginda? Bagaimana pohon kurma boleh menangis kerana baginda. Bagaimana pula seorang hamba bernama Bilal boleh menangis sewaktu melaungkan azan selepas pemergian baginda?
Di dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa suatu hari baginda pernah bertanya kepada para sahabat. "Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisiNya?"

Para sahabat ada yang menjawab para malaikat, para nabi, para sahabat. Namun baginda menjawab, ada lagi insan-insan yang lebih mulia.

Tiba-tiba baginda menundukkan wajahnya. Baginda menangis di hadapan para sahabat. Air mata berlinang membasahi pipi baginda. "Wahai sahabat-sahabatku, tahukah kalian siapakah yang lebih mulia? Mereka adalah insan-insan yang lahir jauh dari kewafatanku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Mereka tidak pernah memandang wajahku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian. Akan tetapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah sahabatku sekalian, aku juga rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah ummatku...!"

Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila mendengar nama baginda? Bagaimana hati kita menjadi keras untuk mencintai baginda? Bagaimana dengan jiwa kita yang gersang dengan cinta duniawi yang rendah martabatnya berbanding cinta baginda?
Kisah cinta sejati, bukanlah pada kisah ‘Romeo dan Juliet’ atau ‘Laila dan Majnun’. Tetapi cinta baginda kepada ummatnya. Rasailah cinta itu.. Rasakanlah.

Dakap cinta itu

Rasakan cinta baginda, tusukkan ke dalam hati, peluk erat-erat cinta itu. Kerana cinta itu bukan cinta picisan, tetapi cinta teragung selepas Allah.

Mencintai Sayyidina Muhammad s.a.w. bukanlah bererti kita menjauh dari cinta selain darinya. Kerana dengan mencintai cinta agung ini, maka cinta selainnya akan hadir dalam suasana yang indah. Bahagia akan hadir, kerana di situ ada redhaNya.

Cinta sesama keluarga, para sahabat, juga sesama kekasih.

Mari kejar cinta! Cinta teragung dari insan teristimewa. Itulah dia cinta kita yang sejati. Sollu 'ala Nabi~

Bila aku jatuh cinta
Aku hanya teringatkan dia, dia dan hanya dia
Walau siapa ingin menduga cinta
Namun cintaku tetap untuk dia
Dan aku mendakap cinta
Dari dia Insan teristimewa
Itulah dia pecinta setia
Inilah aku pemeluk cintanya
Menggenggam cinta dengan bahagia

Dan bila aku sedang bercinta
Aku hanya punya dia selepas Dia
Insan yang luhur dengan cintanya
Cinta yang datang dengan cahaya
Dan aku bahagia dalam rindunya

Dan bila aku lalai dari cintanya
Mulalah aku lupakan dia
begitu juga cintaku padaNya
Yang ku kejari hanya cinta mereka
Yang indah seketika
Namun akhirnya aku yang derita
Dan pudarlah sudah cintaku padanya
Cinta indahku hanyalah kata
Sedangkan dia sentiasa setia
Mencintai aku dengan air mata dan darahnya

Dan bila ku lemas dalam cinta mereka
Mulalah resah berkunjung tiba
Dan aku kembali merapat padaNya
Juga kembali mencintai dia
Aku yakini di dalam jiwa
Tuhanku pasti menerimaku semula
Begitulah juga dengan dirinya
Insan setia yang teristimewa

Dan bila aku cuba setia
Aku tinggalkan semua cinta mereka
Bukan kerana menjauh sunnahnya
Tetapi takut melupakan cintanya
Di saat terleka dengan mereka
Kerana aku insan biasa
Terkadang terleka dalam bercinta
Layakkah aku untuk bercinta
Jika dia tidakku cinta
Dan bila aku kembali dengan cintanya
Aku pasti Dia juga redha

Layakkah aku sebagai pecinta?
Jikalau tidak mampu menggenggam cintanya
Setulus hati sejuta rasa
Aku cuba sedaya upaya
Mencintai Dia dan juga dia
Cinta agung pastinya Dia dan dia

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Jumaat, 13 Januari 2012

SAMPAI BERTEMU DI SYURGA

Seusai kuliah, Hazeni menerima mesej dari kakaknya.
“Ani, mak cik sakit. Sekarang koma di hospital”

Ringkas sahaja mesej itu. Namun mampu menyentap hati kecil Hazeni. Lantas jari-jemarinya ligat menaip mesej.

“Sakit apa? Kenapa boleh jadi begitu kak Nurul?”

“Entahlah, mak cik sakit. Sejak akhir-akhir ini mak cik selalu sahaja mengadu sakit kepala. Petang tadi, tiba-tiba sahaja mak cik pengsan. Ada buih di mulutnya…”

Belum sempat Hazeni menanyakan soalan yang seterusnya, tiba-tiba satu panggilan masuk.

“Ani, kak Nurul sekarang ada di hospital. Abah dan mak pun ada sekarang. Mak cik macam tenat. Sekarang dalam keadaan koma. Nanti apa-apa hal, kami telefon balik. Maaf.”

Talian dimatikan. Pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Mak cik sakit apa?
Mengapa tiba-tiba jadi begini?

Persoalan mengapa dan bagaimana sentiasa bermain di fikirannya. Dia sentiasa berdoa semoga mak ciknya diberi ketabahan. Keesokan harinya, dia mendapat satu lagi mesej. Kali ini agak tragis, sehingga menenggelamkan harapan kecil di hatinya.

“Hazeni, mak cik baru saja meninggal. Jam 1.00 petang tadi.”

Telefon bimbit hampir terlepas dari genggaman tangannya. Lantas digenggam erat. Dalam hatinya berkata, “Tidak. Pasti ada kesilapan”

Lantas dia segera menelefon kakaknya.
“Kak Nurul?”
“Mak cik sudah meninggal tadi…! Mak dan abah pun ada di sini. Pak cik sekarang sedang sibuk menguruskan jenazah…”. Kedengaran suara tangisan dari telefon. Kak Nurul tidak mampu menyambung kata-kata.

“Ani, ini mak. Ani duduk sahaja di sana. Mak sedih… mak cik sudah tak ada…” Ibunya cuba menenangkan Hazeni. Namun, akhirnya tewas dengan air matanya sendiri. Adik kandung yang sentiasa menemani, kini telah tiada. Sesiapa juga pasti merasa sedih.

“Ani. Ini abah. Ani duduk sahaja di UM. Tak perlu balik Penang. Di sini jauh, kalau Ani balik seorang, bahaya. Tak mengapa. Kami boleh uruskan semuanya di sini.” Ayahnya cuba menenangkan Hazeni.
Memang seorang ayah begitulah lagaknya. Gerimis di hati, namun langit cerah yang dipamerkan. Sungguh kental lagaknya, berjaya menenangkan hati orang lain. Namun tidak bagi Hazeni. Dia sungguh memahami hati abahnya yang seorang itu. Diam apabila resah, senyap apabila sedih. Kekadang bersuara seceria unggas, hanya untuk menghiburkan hati orang lain.

“Hmm, baik abah. Ani duduk di UM. Ani tak akan balik.” Ani juga cuba berlagak tabah, sebagaimana ayahnya beraksi. Lantas telefon dimatikan. Tiada air mata yang mampu dititiskan kerana ia sudahpun membeku di saat ditinggalkan orang yang disayangi.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Enam bulan berlalu dengan pantas. Maka berakhirlah sesi perkuliahan bagi semester kedua di Universiti Malaya. Cuti semester kali ini digunakannya untuk meluangkan masa di kampung. Kepulangan Hazeni pada kali ini, begitu suram. Lambaian rerumput di hujung sawah, seolah-olah lesu. Dedaun berguguran, sederas derai tangis di hatinya.

Keadaan rumahnya begitu sepi. Sepi lagi rumah di sebelahnya, kediaman almarhumah mak cik dan sekeluarga.

“Entah bagaimana dengan mereka.” Bisik hati kecilnya.

Sungguh, Hazeni bukanlah seorang yang ramah dan terlalu rapat dengan mak cik dan pak ciknya. Namun, apa yang membuatnya terasa dekat di hati adalah kerana dia membesar di situ. Di samping pak cik dan mak ciknya.

Wajah suram ibunya semakin meredupkan suasana. Kelihatan mata kuyu yang berkaca, seakan mengeluarkan air mata darah. Hazeni sedih melihat keadaan suram itu.

Tiba-tiba, kedengaran suatu teriakan.

“Abah jahat! Abah tak pernah faham kami…! Abah cuma tahu kerja, balik kerja dan makan. Semua kerja Adam yang buat. Adam pun letih, tahun ini Adam ada peperiksaan SPM. Apa nak jadi? Adam pun tak tahu. Kalaulah mak masih ada…”

Seorang remaja lelaki, Adam yang merupakan sepupu Hazeni, berlari meluru ke rumah mereka.

“Mak Jang…! Abah marah tak menentu. Adam benci abah!”  Adam berteriak. Kakinya yang tidak berkasut kelihatan berdarah akibat terlanggar batu besar.

“Adam jangan nak kurang ajar! Dah pandai kurang ajar. Dulu masa mak masih ada, semua harapkan mak. Sekarang dah besar, pandai-pandailah uruskan rumah. Jaga adik-adik. Balik!” Pak ciknya datang memarahi Adam.

“Macam inilah budak-budak sekarang. Tegur sedikit sudah melawan. Buat kerja sedikit pandai memberontak. Bukan nak membantu, tapi menyusahkan ada. Kita jaga dari kecil, bila sudah besar pandai melawan. Kalaulah dia masih ada…”. Sedikit tangis kelihatan pada kelopak mata seorang lelaki. Seketika merintih, pak ciknya pulang ke rumah. Rumah mereka hanyalah bersebelahan. Jika hujan di sebelahnya, maka di sebelahnya turut mendapat hujan, bukan sekadar mendung. Bahkan terkadang, jika salah satunya mendung, satunya lagi akan terus kehujanan. Itulah kuasa persaudaraan.

Pak cik, insan sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang ceria dan rajin bekerja. Kini setelah kehilangan isteri, segala keceriaannya hilang. Cuma yang tinggal hanyalah kekecewaan dan kesedihan. Muramnya kini melebihi senyuman. Teriakannya melebihi tawa.

“Adam janganlah begitu. Adam kena tolong abah. Adam yang paling besar, kena jaga adik-adik.” Ibu Hazeni cuba menenangkan Adam. Hazeni hanya melihat, namun bibirnya diam membisu.

“Abah jahat! Dulu sewaktu mak ada, lain. Mak yang basuh semua baju. Setiap hari mak masak, sarapan, tengah hari, malam. Abah? Abah tak masak.Abah suruh buat macam-macam. Basuh baju, kemas rumah, jaga adik. Kalau baju sedikit tak apa. Tapi semua kerja buat sepah. Abah, setiap hari beli lauk yang sama. Bila adik-adik bergaduh, abah cuma tahu marah pada Adam. Abah jahat, mak tak macam tu!”

Sekali lagi deraian air mata berguguran. Adam menangis teresak-esak. Hazeni terdiam menyaksikan apa yang berlaku. Kepulangannya ke kampung seolah-olah tidak disambut dengan kegembiraan. Bahkan dengan deraian air mata. Namun, bukan itu yang Hazeni ambil peduli. Dia merasa hiba melihat ibunya yang sedih.
“Itulah, dulu sewaktu emak ada, Adam selalu melawan cakap mak. Mak yang selalu suruh solat, mak yang hantar ke tuisyen, mak suruh belajar rajin-rajin. Semua kerja mak yang buat, mak Cuma suruh belajar saja. Sekarang? Sudah…jangan ambil hati dengan abah. Kalau lepas ni kalau abah Adam pula yang mati macam mana?” Ibu Hazeni cuba menduga jiwa muda yang memberontak itu.

“Mak Jang tak faham! Tahun ini Adam SPM. Sepatutnya abah kena faham. Abah tak boleh marah-marah kalau Adam tak buat salah. Sudahlah Adam yang buat semua kerja, bila masalah adik-adik pun abah nak salahkan Adam. Iman paling nakal, selalu cari masalah dengan adik-beradik yang lain. Abah tak marahkan dia. Selalu membela, mentang-mentang dia paling bongsu. Adam rasa gagal SPM tahun ini. Kalau abah mati lebih baik. Mak…!” Deraian air mata semakin laju membasahi pipinya. Tiada yang lain diingatnya, melainkan ibunya yang baru sahaja meninggal dunia.

“Itu yang mak jang kata! Sabar, abah memang begitu. Emak lain, emak lebih lembut. Kalau tak sabar apa lagi boleh buat. Sekolah tu belajar elok-elok. Tak cemerlang sangat pun tidak mengapa, cukuplah sekadar lulus, kalau itu sahaja yang termampu.”. Deraian air mata ibu Hazeni lebih deras dari tangisan Adam. Ternyata, dugaan itu menduga kesabarannya. Naluri hati seorang ibu pasti terguris di saat melihat anak kecil menangis di hadapannya.

Malam itu pak cik bertandang ke rumah Hazeni. Meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu dan ayahnya. Hazeni hanya menjadi pemerhati yang setia. Kelu untuk berkata-kata, bukan bermaksud membisu. Tetapi mendiamkan diri, memerhati tindakan orang-orang dewasa yang dirasakannya lebih banyak makan garam.

“Saya bukannya apa. Saya sudah tertekan. Sudahlah penat bekerja seharian. Balik sahaja rumah bersepah. Anak-anak bergaduh. Yang paling besar, bukan nak menolong.” Sayup kedengaran suara pak cik.

Hazeni mengasingkan diri dari perbualan itu. Tidak sanggup rasanya mendengar luahan pak ciknya. Apatah lagi melihat ibunya menangis. Telefon bimbit jenama Nokia dipegang kemas. Nama yang ‘Mak cik’ tertera di ‘contect list’ ditekan. Mahu sahaja dihubungi nombor itu. Andaikata pemiliknya dapat menjawab panggilan, ingin sekali dia merintih merayu kepada mak ciknya untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Namun hakikat hidup ini, yang pergi tetap akan pergi. Yang masih hidup, perlu mengharungi kehidupan ini apa adanya. 

Hadapi hidup dengan penuh tabah dan redha, serta sedar bahawa segala yang kita miliki adalah pinjaman dari Allah. Apabila Allah mengambilnya semula, manusia perlu berlapang dada, serta mengucapkan syukur kerana diberi suatu pinjaman yang cukup istimewa dalam hidup.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Pada hari berikutnya, datang seorang anak kecil. Iman, budak lelaki berusia 7 tahun yang sungguh suci dan naif.

“Mak jang. Iman tak nak pergi sekolah. Iman tak ada kasut!” Iman, anak bongsu kepada empat orang adik-beradik mencebik mulut.

“Habis kenapa Iman tak beritahu kepada abah Iman? Takut?” Ibu Hazeni menyoal kembali. Seperti biasa, Hazeni hanya memerhatikan dari jauh apa yang berlaku. Iman hanya mendiamkan diri.

“Sudah. Tak mengapa, nanti Mak jang belikan. Baju sekolah ada? Kalau tak ada, nanti mak jang belikan”. Ibunya cuba menenangkan Iman yang muram mencuka.

“Emak begitulah. Suka memenangkan budak kecil ni. Bukankah abah dia masih ada? Suruh sahaja abah dia belikan Buat apa kerja kilang siang malam cari duit kalau tak dibelikan barang sekolah anak? Iman pun satu. Selalu datang sini minta simpati, buat muka kesian”

Kak Sahila, kakak kedua Hazeni mula bersuara. Gayanya seperti tidak berpuas hati dengan ibunya yang selalu mengalah dengan karenah sepupunya yang masih kecil itu.
“Biarlah, mereka budak lagi.” Ibunya mula bersuara.

“Selalu begitu. Kita sahaja yang perlu mengalah. Setiap hari mereka datang makan di sini. Mak bagi lagi duit sekolah kepada mereka, padahal pak cik sudah berikan sebelum itu. Mereka mahu apa, semua mak bagi. Tak patut mak.” Kak Sahila protes.

Iman menangis teresak-esak. Sambil memanggil-manggil ibunya.
“Mak…Iman nak mati sama. Iman nak ikut mak. Semua orang jahat, semua benci Iman. Abah garang, Adam jahat. Semua jahat… Baik Iman mati saja…!

Hazeni tergamam melihat reaksi keras kakaknya itu. Sememangnya kakak keduanya ini lebih tegas berbanding adik-beradik yang lain. Namun kali ini, baginya agak keterlaluan. Walaubagaimanapun, entah mengapa dia tidak memahami dirinya sendiri. Setiap apa yang berlaku, dia hanya diam membisu. Sepatah kata tidak keluar dari mulutnya. Ingin sahaja dia bersuara, membetulkan apa yang dirasakan tidak enak pada pandangan matanya. Namun, lidah menjadi kelu, Hazeni hanya mampu melihat dan mendiamkan diri dengan apa yang berlaku. Sekadar menjadi pemerhati dan merasa berdosa besar di dalam hati. Kelopak matanya sudah bertakung dengan titisan air jernih. Nyaris sekali melimpah keluar, namun disekat agar tidak kelihatan lemah. Mungkin sifat ini diwarisi dari ayahnya.

Kelihatan titisan air mata ibunya mengalir deras.

“Apa yang Ila faham? Apa yang Ila tahu? Dulu sewaktu almarhumah masih hidup, siapa yang selalu menghantar makanan ke sini? Suatu ketika dulu kita tiada duit, siapa yang tolong pinjamkan wang? Susah senang kita bersama. Sekarang mak cik Ila sudah tiada, adakah berkurang kasih-sayangnya? Ila sudah lupa semuanya?”

Ibunya menyoal kembali. Kak Ila terkedu. Hazeni hanya memerhati. Ingin sahaja dia menguraikan segala masalah.

“Mak tolong mereka, mak tak pernah merungut. Mak ingat apa yang almarhumah buat dulu. Dulu dia banyak tolong kita. Takkanlah Ila tak tahu apa yang dibuatnya selama ini. Sampai hati Ila…”
Kak Sahila terdiam. Ada riak kekesalan terpancar di wajahnya. Lantas dia berlalu pergi.

Orang kalau dah ego, tak akan minta maaf”. Hati kecil Hazeni berbisik. Ternyata, dia juga merasa sakit hati melihat apa yang berlaku.

Ibunya menangis teresak-esak, bahkan lebih kuat daripada tangisan Iman. Begitupun Hazeni, tangisannya deras di dalam hati. Namun dia tidak akan sekali-kali menangis di hadapan orang lain. Dalam hatinya, tak siapa yang tahu.

“Iman, sudah. Nanti mak jang belikan kasut. Nanti pergi sekolah”. Ibunya seakan memujuk.
Iman hanya terdiam. Tiada lagi memprotes keras. Hanya tangisan sedu-sedan kedengaran.

“Iman jangan tinggal solat. Nanti lepas solat jangan lupa, berdoa, ‘Allah ampunkan mak, bagi mak masuk syurga, nanti Iman boleh jumpa emak di syurga’. Jangan sesekali tinggal solat. Dulukan mak Iman selalu suruh Iman solat.”

Iman hanya diam. Mungkin sudah mulai faham. Pemikiran kanak-kanak tidaklah seperti orang dewasa. Perlu dipujuk dan disuruh perlahan-lahan.

“Dulu mak Iman tak sempat habis belajar mengaji. Dahulu nak sekolah, nak beli barang-barang susah, kena kerja tolong orang di sawah baru dapat duit. Kami dah tua, baru pandai mengeja sedikit. Mak jang belajar sama-sama dengan mak Iman. Sekarang mak Iman sudah tak ada. Kalau Iman malas, kesian mak di dalam kubur. Setiap hari menangis tengok anak dia jadi orang jahat. Iman mahukah begitu? Kalau mak jang mati juga macam mana?”

Sekali lagi deraian air mata keluar membasahi pipi Iman.

“Mak…!” Kali ini teriakan Iman mendayu-dayu. Suara pilu kedengaran. Tangisan dan teriakan silih berganti. Sekian lama, tangisannya seakan tersekat-sekat. Iman mulai bersuara.

“Mak jang, petang ini Iman nak ikut mak jang mengaji dengan Tok. Iman nak ganti mak”
Pendek kata-katanya. Namun seakan-akan suatu suntikan semangat di hati ibu Hazeni.

“Baik. Kalau begitu, cepat pergi ambil songkok. Nanti kita sama-sama belajar. Boleh khatam al-Quran sama-sama. Nanti, Iman boleh jumpa mak di syurga”.

“Iman boleh jumpa mak di syurga?”

“Ya, doa kepada Allah. Berbuat baiklah setiap hari, sampai bertemu emak di syurga”

“Mak jang. Tunggu Iman ambil songkok, nanti kita pergi sama-sama”

Senyuman indah kelihatan pada wajah ibunya walaupun kelopak mata sudah membengkak akibat tangisan yang tiada henti sepanjang hari.

Anak kecil itu, kembali dengan hidupnya. Menggantikan rutin-rutin harian ibunya yang telah pergi. Ada tangis dan tawa, hanya jiwa kecilnya yang memahami.

Hazeni hanya tersenyum di dalam hati. Melihat apa yang berlaku, hatinya menjadi lega. Sepanjang cuti semester yang diluangkannya di rumah, kehidupannya dihiasi dengan air mata dan kedukaan orang-orang disekelilingnya.

Namun dia tidak sesekali merungut dan menyesali apa yang berlaku, kerana baginya setiap yang berlaku itu adalah dari Allah. Apa yang datangnya dari Allah itu adalah suatu tarbiyah, bagi mendidik hambaNya untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Yang kecil bertukar menjadi besar, yang lemah menjadi kuat, yang kecewa kemudian akan berpuas hati, begitu juga bagi yang sedih, pasti akan merasa bahagia suatu ketika nanti.

Mungkin bagi sepupu-sepupunya yang lain, mereka akan berkata, “Kalaulah emak masih ada”. Namun berbeza bagi Hazeni. Dia mula berfikir di dalam hatinya, “Kalaulah mak tidak ada”.

Perbezaan itu membuatkan dirinya menjadi seorang yang lebih bersyukur kepada Allah, kerana masih dikurniakan seorang ibu yang tabah mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu, dan ibu kepada anak-anak yang ketandusan kasih-sayang seorang ibu.

Dalam perjalanan pulang ke kampus, sewaktu berada di dalam bas, sempat juga Hazeni menukilkan sebuah puisi khas buat insan-insan yang bergelar ibu, juga buat insan-insan bertuah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Puisi Buat Ibu dan Insan-Insan Yang Miliki Hati Seorang Ibu :

Sampai Bertemu di Syurga

Akulah anak kecil
Yang dahulunya engkau gendong
Yang dahulunya engkau pimpin
Yang dahulunya engkau hadiahkan senyuman
Yang dahulunya engkau korbankan air mata
Yang dahulunya engkau beri hatimu
Dan kini aku telah dewasa
Kini ku punya suami dan anak
Takkan ku pandang sisi-sisi lain selain ibu
Takkan ku pinggir cebisan hati seorang ibu
Akan ku pandang ibu dengan penuh kasih sayang
Sebagaimana aku melihat anak kecilku yang tidak berdaya
Akanku pegang ibuku dengan penuh kelembutan
Sebagaimana aku membelai lembut kain sutera
Akanku suap bibir merekah itu
Sebagaimana suapan manjamu suatu ketika dahulu
Tidak akan sesekali aku melupakanmu
Dalam setiap doaku padaNya
Akan ku jalani hari dengan pasti
Selagi ada nafas, selama nadi berdenyut
Tidak akan aku meninggalkanmu
Kerana akulah anakmu
Dan engkau ibuku
Semoga bertemu di syurga

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

“Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibubapaku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”

Mari kita sama-sama menghargai ibu kita, sewaktu mereka masih lagi hidup di dunia ini. Jika mereka telah tiada,  kita pasti menyesali segala apa yang telah kita lakukan terhadapnya sewaktu dia masih hidup.Walaupun ibu telah tiada sekalipun, dia masih lagi 'bernafas' di hati seorang anak yang soleh, dia masih lagi 'hidup' dalam kehidupan anaknya, dan namanya sentiasa disebut dalam doa anaknya. Sampai bertemu di syurga~

Lelaki ini sanggup mendukung ayahnya untuk mengerjakan ibadat haji

BAHAGIA Itu Kita Yang Punya

12:37 PTG

Read On 0 ulasan

Cinta Agung, Pastinya Dia dan dia

11:31 PG

11:40 PTG

Read On 8 ulasan