This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 25 Disember 2011

MENGHARAP

Mengharap pada manusia?
Sandaran pada manusia
Diri dah tentu leka
Hati turut terluka
Jiwa pasti lelah juga
Jurang dengan Allah semakin terbuka

Apa yang ada?
Suka-suka?
Tiada sengsara?

Jujurlah pada hati anda,
Benarkah bahagia?
Itu yang dipinta?
Jika jawapannya : Ya...
Maka teruslah derita
Wahai pecinta duka
Kerana yang merasa bahagia
Hanya yang berharap pada si Dia

Ayuh mencari cinta!
Bukan pada si dara
Tidak juga kepada sang jejaka
Tetapi cinta yang luar biasa
Cintai ALLAH setiap masa

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu."

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
"Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu"

.:: TarbiyahMu Indah|4.30a.m.|26Disember2011 ::.

Khamis, 1 Disember 2011

MINGGU USULUDDIN DAN FALSAFAH

[PERSEPSI WANITA TERHADAP FESYEN MASA KINI]
1. Ustazah Nurul Suhadah Shuib (Trainer Nisa' Training Team)
2. Ustazah Fatimah Syarhah (Penulis)

Khamis, 17 November 2011

Tarbiyah Melahirkan Rijal Aqidah

Matlamat Tarbiyyah kita ialah untuk melahirkan para ulama’, para pemimpin dan Muslim yang faham konsep ibadah.  Mengeluarkan para Zuhhad, para amilin yang benar-benar berjuang pada jalan Allah s.w.t.  Kita ingin menghasilkan Rijal (pahlawan) yang boleh menanggung  tugas masuliyyah dan amanah.
Oleh itu kita mesti sedar betapa pentingnya kita sekarang ini, melahirkan Murabbi, yang mempunyai sifat-sifat yang boleh dicontohi, yang mampu melahirkan Biah Solehah.
Kita lihat sekarang ini banyak ahli-ahli da’wah yang melibatkan diri dengan projek-projek sampingan ( Juz’iyyat ) dengan harapan kononnya sekiranya ia dapat menyelesaikan perkara itu maka ia akan dapat mengubati  permasalahan dan penyakit sekarang.  Sebagai contoh, oleh kerana Ummah Islam kini menghadapi permasalahan ekonomi, maka ia akan cuba menyelesaikan permasalahan ekonomi terlebih dahulu.
Sebenarnya mereka yang bertindak demikian dianggap belum bersedia dengan persiapan yang cukup.  Iaitu mereka sebenarnya memerlukan pekerja-pekerja yang ikhlas, amanah, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.  Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud :
Sekiranya sesuatu perkara dilakukan oleh yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya “
Walaupun kita melihat jihadnya bersungguh-sungguh tetapi sebenarnya tenaga itu tidak disalurkan pada jalan yang betul.  Noktah Bidayah mestilah betul dan tepat,  kiranya mereka mahu mengIslahkan masyarakat yang ada kini.
Oleh yang demikian, sebagai Harakah Islamiyyah yang benar-benar ingin melihat kejayaan bagi Islam, maka dari awal-awal lagi kita memahami bahawa matlamat kita adalah untuk melahirkan Rijal yang  Soleh.  Setelah lahir para  Rijal ini, maka perkembangan seterusnya akan berjalan dengan baik, iaitu dengan cara yang lebih masyru’.
Kita mesti faham dan sedar bahawa tugas membina Ummah Islamiyyah ini adalah suatu tanggungjawab yang besar, tanggungjawab ini tidak akan dapat dilakukan oleh mereka yang tidak memahami Fikrah Islamiyyah Sohihah, yang tidak berakhlaq dengan akhlaq Islam  yang tinggi dan yang tidak mempunyai semangat Jihad yang besar.  Malah ia hanya dapat dilaksanakan oleh Rijal yang soleh.
Setelah lahir dan wujud individu-individu seperti ini maka barulah kita dapat laksanakan projek-projek  harakah kita dan di samping itu pembentukan ke atas mereka terus berjalan.  Kerana nanti mereka akan menghadapi berbagai ujian dan dugaan yang lebih besar dan lebih hebat.
Inilah method yang diutamakan, yang syar’i dan yang terdapat di dalam Sunnah Rasulullah  s.a.w.  Sebagaimana yang dijelaskan oleh Asy Syahid Sayyid Qutb di dalam Pertunjuk Sepanjang Jalan iaitu pada awal Da’wah Rasulullah s.a.w, baginda menyediakan mereka (para sahabat baginda) dengan persiapan-persiapan yang cukup.  Sehingga baginda mampu melahirkan satu  generasi yang bersih hati, pemikiran dan segala tindakan mereka.
Projek-projek yang akan kita  lakukan kelak adalah mengikut kemampuan Rijal yang dibentuk tadi.  Kemampuan mereka adalah ukuran kita.  Kemampuan dari segenap aspek.
Cara-cara Untuk Melahirkan Rijal-Rijal  Tersebut
1.  Kita hubungkan para anggota kita dengan wirid-wirid dan zikir-zikir Ma’thur dan halaqah-halaqah ‘ibadah.   Menurut Al Imam Asy Syahid Hasan  al Banna, bahawa aspek ruhiyyah adalah antara  aspek terpenting dalam usaha Tarbiyyah Islamiyyah.  Malah ia menganggapnya sebagai tunggak pertama untuk merubah masyarakat.  Firman Allah s.w.t;
Terjemahannya :
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.  Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia . “
(Surah   ar Ra’d : 11 )
Dan juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menyuruh anak-anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun, apabila mereka berumur sepuluh tahun dan sekiranya mereka meninggalkan solat maka pukullah mereka “
Kata Hasan Hudhaibi :“  Dirikanlah negara  Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tertegak di dalam negara kamu “
2. Kita hubungkan mereka dengan suasana keperwiraan, kepahlawanan dan kesungguhan dalam segenap aspek.  Kita lahirkan anggota yang mempunyai fizikal yang sihat dan kuat.  Sesungguhnya tanggung jawab Deen ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya ia dilakukan dengan badan yang sihat.  Kita memberi penerangan kepada mereka tentang jihad di jalan Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang mujahid-mujahid Islam yang lampau.   Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda menganjurkan agar diajar kepada anak-anak kita dengan memanah, berenang, menunggang kuda, sehinggalah mereka cekap.
3. Kita hubungkan ahli-ahli kita dengan majlis-majlis   ‘ilmu .  Samada dalam bidang agama khususnya atau di dalam bidang realiti.  Kita mengusahakan kajian-kajian ilmiah yang luas dan yang memanfaatkan kesemua saudara-saudara Islam kita yang lainnya.  Kit amendalami dalam bidang ilmu al Quran, al Hadith dan  Sirah, khususnya Sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta  kisah-kisah mujahid Islam yang selepasnya.  Kita juga mengisi bidang fikrah ini dengan ilmu-ilmu waqi’.  Kita anjurkan agar membaca buku-buku  ekonomi, dunia luar dan sebagainya.
Ketiga-tiga aspek ini mestilah kita anjurkan pada diri kita dan sahabat-sahabat kita dengan kita meneliti kemampuan mereka dan peningkatan Iman mereka.  Ini semua kita usahakan dalam rangka Tarbiyyah Islam dan untuk mencapai matlamatnya.

rujukan :

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tarbiyah Itu Indah

<Diari Tarbiyah> 18 Oktober 2011

“...hari ini aku merasakan diriku ditipu…ya, ditipu buat kali keduanya. Cuba untuk memberi peluang kepada diri untuk berlapang dada, namun ikhlas itu sangat sempit di jiwa…hingga sesak untuk bernafas. Mungkin kak hani juga merasakan yang sama, kerana kami menempuhinya bersama-sama… itulah namanya sahabat sejati"  (@_@)
>>>-----------------------------------------------<<<
“hari ini sungguh penat…selepas tutor kajian tarekat, aku berlari ke FSSK (berlari sendirian, bukan berjalan…) .. ada UMMAH TALK ISIUKM…  
Merasa sedikit kecewa hari ini, moga-moga beroleh kekuatan di sana… Allah…aku betul-betul sedih, kecewa & penat hari ini..”

Sedikit lukisan kekecewaan…yang mampu saya coretkan di sini. (Yang selebihnya agak ‘private’ untuk dikongsikan…). Sungguh..! Berkat majlis ilmu…berkat sangkaan baik & pengharapan saya sepanjang hari ini… maka, kemanisan itu saya dapati di akhir-akhir waktu…. Teruja mendengar ceramah yang disampaikan oleh Habib Naqjamuddin bin Habib Othman al-Khered… Seminit dua yang sempat saya ikuti.., terkesan pada kata-kata dari habib, : “Ikhlas…ikhlaslah……  Apa yang diringankan oleh Allah, maka ambillah...,yang penting ikhlas”.

Bukan saya tidak pernah mendengar kata-kata sebegini… kebanyakan ceramah yang berkaitan ikhlas, seringkali membicarakan perkara yang sama. Namun malam ini agak membekas di hati…, kerana ‘ikhlas’ itu sedang berbicara di dalam hati. Allah….!!! Maka hari ini saya merasakan saya tidak cukup ikhlas…masih kurang rasa ikhlas itu, hingga merintih dan merasa dunia sungguh kelam. Di manakah keikhlasan saya dalam menerima setiap ketentuannya..? Ke mana perginya redha & penyerahan diri itu? Sejenak pandangan semakin kabur, antara letih, penat & hiba… Habib Naqjamuddin semakin pudar dari pandangan. Sedetik waktu itu sudah cukup, sebagai peringatan kepada saya manusia yang mudah lalai…

Bukankah indah tarbiyah yang Allah berikan kepada hambanya…? Saya diuji seharian ini, sempat mengeluh, merintih dan meronta…kemudian disedarkan dalam hanya sedetik waktu… Saya tertusuk duri sepanjang hari ini, agar mudah untuk saya merasai keindahan tarbiyah dariNya.

Merasa keindahan tarbiyah dan menikmati rasa ikhlas itu, bukankah lebih manis dari segalanya..? Merasa indahnya Islam, bukankah lebih bernilai dari apa yang ada di muka bumi ini…? Sungguh, saya terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa melemahkan manusia. Saya tertipu dengan segala keletihan dan karenah manusia. Saya gagal melihat keindahan tarbiyah sepanjang hari ini..mujur Allah ar-Rahman menunjukkan jalan dan membuka mata hati ini untuk melihatnya…

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)” al-Baqarah,2 : 155-157.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(3) “. Al-Ankabut, 29 : 2-3.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya al-Baqarah, 2 : 286.

Maka, pada malam itu saya pulang...sambil tersenyum. Senyuman yang terukir di hati... Iya.., malam itu tidur saya dihiasi dengan senyuman... Indahnya TarbiyahMu... (@_@)

Jumaat, 7 Oktober 2011

DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH

Ayuh sertai majlis ilmu DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH

anjuran Pusat Islam dgn kerjasama KUFAH

Isnin : Kitab Safinah an-najah
Selasa : Kitab Faridatul Faraid
Rabu : Matan Arjumiah & Matan Bina'
Khamis : Mukhtar Hadith
Jumaat : Tuhfah ar-Raghibin

Program yang berlangsung selama 2 bulan setengah ini akan menghabiskan lebih kurang 6 buah kitab.. di akhir pengajian (dgn kehadiran 70%) akan diberikan sanad oleh sheikh2 yg terpilih.

Untuk pendaftaran kuliah & tempahan kitab, hubungi :

<nama> <Jabatan & fakulti / institusi (luar UKM)> <no.tel> <nama kitab>

Izat JUF/3 (017-3138069)

Hayati JUF/3 (013-6601680)

Kitab Safinah an-najah (rm2.00)

Kitab Faridatul Faraid (rm7.50)

Matan Arjumiah (rm5.00)

Matan Bina' (rm5.00)

Mukhtar Hadith (rm5.00)

Tuhfah ar-Raghibin (rm5.00)

-KUFAH MENUJU GLOKAL-
~Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t. ~
 
Sabtu, 17 September 2011

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

Mari sama-sama kita memeriahkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar. Berdaftarlah dengan persatuan yang boleh mengajar kita erti hidup yang sebenar, bersamalah kita menyertai persatuan yang membawa kita mengenal Illahi, bersilaturrahin dan menguasai 'soft skill'. Aktiviti yang berguna membawa kita ke laluan yang berguna serta memimpin kita dalam pencarian diri di dalam diri. 

Bersama kita mencari ISI agama, mengisi inti kehidupan. Seperti pepatah indonesia "Berjalan berperhentian, berkata berkesudahan".

"Marilah ke mari. Marilah ke mari!
sebab engkau tak akan mendapat 'sahabat' laksana Aku
Manakah kecintaan sebagai Aku, dalam ujud ini
Marilah ke mari...Marilah ke mari
Jangan kau habiskan umurmu dalam ragu-ragu
Tidak ada pasaran bagi hartamu, lain dari ini
engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
engkau adalah kota yang telah runtuh; Akulah pembangun
Kalau tidak ada pengabdian Insan atas Ku, tidaklah mereka akan merasa bahagia
Pengabdian adalah mutlak Matahari Kebahagiaan"

(Jalaluddin Rumi)

Lintasan Hati

"Ustaz, boleh saya masuk sekali?" "Boleh. Dulu, Nurul pun selalu ikut saya bagi kaunseling". Alang-alang diberi kesempatan untuk menjalankan praktikal di pejabat agama, saya tidak melepaskan peluang untuk menimba sebanyak yang mungkin ilmu dan pengalaman baru. Ustaz Mohd (bukan nama sebenar) adalah pegawai yang ditugaskan untuk memberi sesi kaunseling kepada penduduk sekitar yang memerlukan khidmat kaunseling. Sempat juga saya mempelajari sedikit ilmu kaunseling. Belajar mengenal sifat dan peribadi manusia, serta mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan. 

"Nih, kalau awak nak tau...saya dulu mengaji lambat. Dah tua-tua baru nak sambung belajaq. Susah ni nak sambung belajaq, tambah kalau orang tua macam saya. Tapi Allah memudahkan segala urusan, alhamdulillah saya ambik jugak STP ni, lepas tu sambung masuk universiti. Orang yang pi blajaq semua muda-muda, saya sorang ja tua. Saya tak kira semua tu, saya cuma ingat nak ubah nasib hidup, kita kena usaha untuk maju." Kata-kata Ustaz Mohd, membangkitkan momentum saya yang lemah ini.Jujurnya saya sudah kehilangan punca, tidak mampu memotivasikan diri sendiri. Berkenalan dengan beberapa orang yang bersemangat waja, menjadikan saya kembali bersemangat. Ustaz Mohd juga memberitahu saya bahawa beliau pernah ditugaskan untuk memberi ceramah motivasi untuk penghuni di pusat pemulihan akhlak. Ada juga slot untuk kakitangan kerajaan bagi meniup roh ketuhanan ke dalam diri mereka.

"Bayaran dia...cukup mahai. Sekali bagi ceramah, dapat lumayan jugak la.Sampai la suatu ketika saya diberi satu tajuk yang berkaitan Isra' Mikraj. Buku yang saya rujuk adalah dari penulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pegawai di situ melarang saya dari menyampaikan ceramah kepada penghuni di situ. Tak lama lepas tu, khidmat saya dah tak diperlukan lagi.Apa la sangat dengan buku tu kan? Bukan saya bagi ceramah politik. Sampai lagu tu depa buat kat saya. Tak pa la, semua tu ada hikmahnya". Luahan Ustaz Mohd semakin membuka mata saya. Tidak wujud profesionalisme dalam hal ini. Mengapa soal politik yang mesti dikaitkan, sedangkan matlamat utamanya adalah untuk mengembalikan jiwa-jiwa yang sesat dalam pencarian. Bagaimana untuk kita menjernihkan  segala masalah yang membelenggu dalam masyarakat kita pada hari ini seperti gejala sosial dan sebagainya, jika inti politik seringkali diutamakan? Rasionalkah laungan 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...sedangkan rakyat dibiarkan ke belakang, pencapaian politik 'orang-orang besar' seperti mereka yang diutamakan? Saya fikir, kalau PM kita mampu menghasilkan kitab-kitab ilmiah berunsur agama, sudah pasti tabik hormat saya berikan kepada beliau. 

Bagi saya, perasaan sayang dan cinta saya kepada negara adalah tidak berbelah bahagi. Namun, cinta kepada negara dan cinta kepada kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Sungguh jauh bezanya, lebih jauh dari langit dan bumi. Maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan kenyataan saya ini. Namun jujurnya, inilah yang saya rasakan sejak dahulu...dan perasaan itu masih 'mekar' hingga ke saat ini.

Seorang lagi yang saya baru kenali, Paksu Karim.Seorang pejuang yang tidak pernah putus asa dan tidak gentar dalam perjuangannya. Setiap kali 'orang-orang besar' negara datang ke bandar kami, maka sekumpulan polis akan mengekori paksu Karim. Takut-takut paksu akan 'mengganas'. Mereka risau paksu akan mencederakan 'orang-orang besar' mereka agaknya. Sekitar perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari saya sempat bertandang ke rumah paksu Karim, terdapat 'roadblocks' yang dibuat berhampiran dengan rumah paksu Karim. Tidak ada di hati saya sedetik pun bahawa paksu adalah seorang pengganas. Seorang yang lemah-lembut dan sentiasa memberi khidmat kepada penduduk sekitar pastinya perjuangan untuk negara tercinta, untuk agama yang kita banggakan dan bukan untuk kerajaan boneka ini. Mereka yang menjadikan diri mereka sebagai boneka, mereka yang mempermain-mainkan agama, maka merekalah yang akan menerima padahnya.

Paksu itu bukanlah seorang yang pemarah. Jika dilihat pada raut wajahnya, saya teringat pada Bilal b. Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam yang diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Paksu Karim yang berketurunan mamak dan berkulit agak gelap, pastinya membuat orang yang tidak mengenali beliau menganggap beliau adalah seorang yang garang. Namun, sebenarnya tidak. Wajahnya seperti itu, namun hatinya sungguh halus. Saya masih ingat lagi, sewaktu kedatangan dua orang anak remaja lelaki dan perempuan (belum berkahwin) ke pejabat. Mereka mengadu kepada paksu tentang kehamilan luar nikah si perempuan. Sudah 6 bulan hamil, tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Saya sangkakan mungkin paksu akan menunjukkan reaksi marah atau kecewa dengan perlakuan sumbang mahram mereka, tetapi sebaliknya. Wajah paksu kelihatan tenang, kata-kata yang keluar dari mulutnya berupaya membuat mana-mana individu yang sesat, berkata bahawa 'Inilah tempat luahan masalah kami!'.

"Dah berapa bulan mengandung?"      -"Dah 6 bulan paksu..."
"Mak abah tau tak?"      -"Depa tak tau lagi, takut nak bagitau"
"La ni paksu nak habaq, hampa jangan takut. Tak pa, paksu tak marah. Skang ni kita nak cari jalan keluaq. Dah terlanjur macam ni nak buat macam mana dah. Kesian kat anak tu. Mak abah pun kesian. Awak mengandung ni, rasa la macam mana mak awak mengandungkan awak dulu. Nanti nak bersalin, rasa la macam mana sakit mak awak dulu. Nak mengasuh anak, ingatlah betapa susah mak awak jaga awak dari kecik sampai besar. Awak mesti nak anak awak hidup baik-baik, macam tu la jugak mak awak. Awak dah buat mak awak kecewa...mak awak sedih kalau tau anak dia buat macam ni. Berdosa kat Allah, berdosa kat mak, jangan buat dah benda yang salah. Ingat la, seronok tu sekejap ja, lepas tu...."

"Awak pulak...bayangkan kalau orang buat anak awak mengandung, awak marah tak?" Si lelaki mengangguk. "Skang ni tak pa la..yang dah berlalu tu sudah la. Nak buat macam mana, masa bukan boleh kita putar. Nanti tak pa la, bagitau perlahan-lahan kat mak. Kalau mak nak marah, tak pa. Tahan kejap, tahan..jangan melawan mak. Kalau mak nak pukul, tak pa la..mak marah sekejap. Mintak maaf kat mak. Mak mana yang tak kecewa. Kita kena akur dengan kesalahan yang kita sendiri buat. Mak marah tu tanda sayang, dia tak mau anak dia buat benda-benda tak elok macam ni. Nanti mai lagi jumpak paksu kat sini. Ikut cakap paksu nah.., nanti apa-apa hal telepon paksu" Kedua-dua remaja itu, menangis. Mata paksu turut berlinang air mata. Kata paksu, dia merasa sebak dengan remaja-remaja yang terpesong seperti ini. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang serupa berlaku.Terngiang lagi peristiwa itu di minda. Jujurnya, air mata saya hampir menitis saat itu, namun dapat dibendung (coverline depan paksu). 

Oleh itu di mana kesalahan paksu yang dilihat oleh 'orang-orang besar' itu? Salah mempertahankan agama? Salahkah mempertahankan pegangan Islam? Salahkah menentang individu yang mempermainkan agama, biarpun mereka itu adalah 'orang-orang besar'? Besar sangatkah mereka itu, jika dibandingkan dengan Allah? Bagaimana pula hukum Allah yang dipandang remah oleh 'orang-orang besar' itu... ? 
Allah...diriku masih mentah dalam soal ini. Aku hanyalah hamba yang dhaif. Ampuni daku jika salah dalam memahami jalan kehidupan ini. 

Mencari diri di dalam diri, 
sedang di luar banyak duri, 
moga aku tidak sesat dalam pencarian ini.
TarbiyahNya Indah, lihatlah keindahannya dengan mata hati...

Jumaat, 16 September 2011

SINERGI CINTA_dalam TarbiyyahMu Indah

                                Sinergi Cinta
 Bab 1

Heningnya malam, tidak sedikitpun bisa mengubah perasaan tiap-tiap manusia yang berada di sampingku.  Mak, abah, along, angah, adik…..suami tercinta.., serta semua saudara terdekat, kini berada di sampingku. Ada majlis apakah waktu-waktu begini? Aku terdengar tangisan, entah dari mana datangnya. Pandanganku terasa kabur, samar-samar…

Aku merasakan sakit yang teramat sangat. Di saat ini, terngiang-ngiang kisah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Di saat ajal menjelma, bukan kesakitan diri baginda yang dirasakan, tetapi penderitaan ummatnya. Kalimah ‘ummati..ummati’ keluar dari mulut baginda. Bagaimana pula dengan aku? Di saat ini Ya Allah, sakit yang aku rasakan.  Beginikah rasanya mati? Di saat ini juga, tubuhku terasa sangat sejuk, kakiku menggigil. Namun, tangan kecilku merasa suatu kehangatan. Sepasang tangan yang halus, lembut menggenggam tanganku. Tenteram kurasakan. Bibirnya basah membaca kalimat Tuhan…
“salamunqaulammirrabbirrahim…..salamunqaulammirrabbirrahim…salamunqaulammirrabbirrahim”. Allah… Tenangnya kurasakan. Tiba-tiba titisan jernih jatuh membasahi tanganku. Bacaan Yasin terhenti seketika. Ada tangisan yang cuba ditahan. Air jernih itu semakin deras.

Abang..maafkan Ana.. Ana bukan isteri yang terbaik buat abang… Ana  tak mampu bertahan lagi…”.  Hati kecilku berbisik, namun tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Wa la haula wa la quwwata illa billah

Di saat ini aku turut menangis. Apa yang aku tangiskan..? Adakah kerana aku merasa kesakitan yang amat sangat? Atau kerana aku takutkan ajal yang semakin mendekatiku? Mungkin juga perasaan tidak mahu berpisah dengan suami tercinta dan seluruh ahli keluarga yang lain..? Tubuhku terasa dingin.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tiba-tiba pandanganku menjadi kelam. Aku seolah-olah berada di masa silam. Aku berada di sebuah tempat, yang tidak asing lagi bagiku. SMK Abu Bakar As-Siddiq. Saat itu aku terasa sangat lemah. Kepalaku terasa begitu berat sekali. Perjalananku dari surau ke asrama perempuan terasa jauh berbatu. Hati ini bagaikan terluka setelah mendengar gosip panas dari mulut teman-temanku. “Wah… kawan kita, Haneeza.. sekarang ni couple dengan Syukran! Sangat secocok mereka berdua, bagai pinang dibelah dua..!” Itu antara yang kudengar keluar dari mulut Faridah, teman karibku. Banyak lagi berita-berita hangat yang kudengari, sengaja tidak ku endahkan. Haneeza, sahabatku… antara pelajar tercantik di sekolah. Bagi semua orang, dia memang secocok dengan Syukran, pelajar yang terkenal dengan suaranya yang merdu. Aku…? Insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan. Siapalah aku jika dibandingkan dengan Haneeza. Usahaku ke surau untuk mencari ketenangan, menemui jalan buntu. Aku tidak merasa tenang, bahkan semakin tertekan. Aku cuba melupakan gosip liar ini.

Kakiku melangkah longlai. Perlahan-lahan, sehingga akhirnya aku melalui sebuah papan kenyataan. Aku cuba untuk meneruskan langkah kakiku. Seandainya aku kuat, pasti segala penyiksaan hati ini akan berakhir! Cuba kupujuk hati ini. Langkah kakiku terhenti seketika. Aku mengundur semula. Bagi melupakan segala keresahan di jiwa, ku paksa diri ini untuk membaca notis-notis yang terpampang pada papan kenyataan. Tiada apa yang menarik, hanya beberapa pengumuman yang lapuk dek terkena hujan dan panas.  Ada satu artikel lusuh berwarna merah jambu, warna kegemaranku. ‘Kisah kewafatan Nabi s.a.w.’. Hati ini terasa bosan untuk meneliti bait-bait artikel yang kelihatan tidak menarik dan buruk. Bagiku, artikel perlu kelihatan menarik, barulah orang yang melihatnya tertarik. Namun, entah mengapa walau hati tidak merelakan akan tetapi mata liar menuruti tiap baris yang terkandung dalam artikel ini.

((Ya Rasulullah…..Nabi Muhammad s.a.w. , insan teragung, sebaik-baik kejadian, menjadi contoh sepanjang zaman. Paling mulia akhlaknya. Semulia mana baginda di hati kita? Wahai ummat Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita ikuti kisah kewafatan Nabi s.a.w. Moga-moga cinta kita padanya akan lahir, akan subur, akan mekar indah dan berbunga cinta. InsyaAllah…
Di saat Nabi Muhammad s.a.w. merasa sakit dan lemah, tiba-tiba dari luar pintu rumah baginda, terdengar suara yang mengucap salam. “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah yang memalingkan badannya dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang sudah membuka mata. Kemudian bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tidaklah saya mengetahuinya, orang seperti itu baru kali ini aku melihatnya,” Fatimah menjawab dengan penuh sopan. Lalu, baginda menatap puterinya. “Ketahuilah wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” Ungkapan Rasulullah itu menikam jiwa Fatimah. Rasulullah meminta tetamu itu dijemput masuk.
Malaikat maut datang menghampiri, lantas baginda menanyakan Jibril, mengapa tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Wahai Jibril, jelaskan padaku, apakah yang menjadi  hak bagi diriku di hadapan Allah kelak?” “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah merasa lega, bahkan mata baginda  penuh kebimbangan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi. Lantas baginda bertanya lagi, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuawatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik getir semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan-lahan ruh baginda ditarik. Kelihatan seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat leher menegang. ”Jibril, sakitnya sakaratul maut ini…” Perlahan Rasulullah mengaduh. Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau memalingkan wajahmu, wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,.. jangan kepada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dada sudah tidak bergerak lagi. Bibir baginda bergetar seakan membisikkan sesuatu.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu).” Di luar, pintu terdengar tangis bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menangkup wajahnya dangan tangan, dan Ali r.a. mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii…!!! (Umatku, umatku, umatku…!!!).” Maka berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai baginda sedalam cintanya kepada kita? Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita. ))
Suasana petang di asrama Abu Bakar as-Siddiq sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut dedaun yang lebat di pohon rendang. “Aduh…rasa macam sakit perut la…tandas..tandas…”, Haneeza, rakan sekelasku berlari sambil diekori sepasang anak mata milik jejaka bernama Syukran. “Ah, peduli apa…! Aku kan ada Allah… lelaki yang aku cinta Rasulullah….! Muslimat sejati takkan ber‘couple’…!!!” Hati kecilku yang lemah imannya, tiba-tiba bersuara. Tegas bunyinya. Namun, hati kecilku ini masih lagi meragui sama ada bisikan halus itu benar-benar kerana Allah atau kerana suatu istilah berduri yang dinamakaan..C.E.M.B.U.R.U“Aduh, kalau demam boleh diubati, tapi penyakit hati seperti ini tidak ada doktornya. Mana nak cari doktor cinta?” Aku mengabaikan sahaja rintihan-rintihan hatiku. Terasa terlalu banyak gangguan syaitan yang bersarang di dalam benak hati ini. “Astaghfirullahal’aziim… Astaghfirullahal’aziim…”....

Cuti tahunan berlalu seperti biasa pada setiap tahun. Saat itu barulah aku berpeluang menemui ahli keluargaku yang lain. Jika diikutkan bukanlah selama ini tidak berpeluang, cuma…aku lebih selesa jika tidak pulang ke rumah. Beberapa kali juga emak menyuruhku pulang di saat cuti Tahun Baru Cina atau Thaipusam, sengajaku beralasan, sedangkan rumahku hanya beberapa kilometer dari asrama. Kerinduan seorang ibu sentiasa melebihi anaknya. Itulah kasih sayang ibu. Mungkin suatu hari nanti apabila aku berpeluang menjadi ibu, pasti aku dapat memahami perasaan itu dengan lebih mendalam. Berpeluangkah aku…? Persoalan itu sentiasa timbul di benakku. Andaian awal dariku, ‘Aku tidak sebertuah orang lain’...

Kepulanganku ke rumah sentiasa disambut baik oleh mak dan abah. Namun tidak bagi adik-beradikku yang lain. Maklumlah, aku ini dilihat sebagai anak yang banyak menurut dari melawan, anak yang banyak bekerja dari bercakap, anak yang paling ‘cergas’ dan ‘sihat’. Hijrahku dalam pemakaian tudung labuh, rupanya tidak disenangi oleh mak dan kedua orang kakakku. Kakakku selalu mengherdik dan melarangku  dari berpakaian seperti ‘ustazah’. Kata kakak, munafik gayanya. Buat malu saja. Kata emak pula, pakai tudung biar bersederhana, tak perlu labuh. Ah…! Aku tidak dapat merasakan di mana rasionalnya kata-kata mereka.

Pernah suatu petang kulemparkan sehelai tudung labuh ke arah emakku, sebaik sahaja dia menyatakan larangan itu kepadaku. Perbuatanku itu agak keterlaluan kurasakan. Aku merintih sendirian, mengenang nasibku ini. Benarlah kata ustazah, apabila seseorang itu nak berubah, ada sahaja dugaan yang datang. Dugaan itu bukan untuk membuat kita putus asa, bukan untuk menjatuhkan kita. Tetapi untuk meninggikan darjat kita. Itulah kasih Allah. Lama-kelamaan ahli keluargaku dapat menerima perubahanku. Daripada membenarkan aku untuk berhijrah ke tudung labuh, makanan syubhah dan halal juga dititikberatkan. Ya Allah…Ya Rasulullah….. cintaku kepadaMu melebihi semuanya… Alhamdulillah Ya Allah…

Memulakan langkah itu memang perit…
bertatih..jatuh...dan bangun semula…
        terasa diri kembara sendirian…
        hati sentiasa mengimpikan syurga idaman…
        sedangkan diri tak tahan dengan ujian…
        kerdilnya diri bila menghitung titisan jernih…
        titisan air mata kecewa…
        rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… kepada 
Tuhan Yang  Maha Esa.

Dua, tiga bulan berlalu. Tahun silih berganti. Alhamdulillah, hati aku semakin tenang, kerana aku merasai suatu cinta yang hakiki. “Allah melihat kita. Allah mendengar kita. Allah bersama-sama kita. Allah membantu kita…hamba-hambaNya yang beriman. Yakinlah pada janji Allah, insyaAllah…semua yang berlaku ada hikmahnya, ada makna disebaliknya.” Perubahan demi perubahan aku lalui. Pelbagai ujian dan tohmahan aku terima. Aku melalui zaman persekolahan dengan penuh tabah. Semakin aku cuba berubah, semakin banyak ujian yang menimpa. Aku cuba laluinya dengan tabah. Jujurnya, insan yang bernama Fatin Farhana ini sungguh lemah. Ayat ke 139, surah ali-Imran sentiasa menjadi peganganku agar tidak terpesong dari landasan sebenar.

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali Imran:139)

Aku semakin mengenal apa itu Islam. Ku fahami konsep usrah, dakwah, perasaan manisnya bekerja dalam jemaah Islamiah. Aku juga lebih mengenal apa itu cinta. Cinta yang hakiki...Cinta aku kepada Allah.., cinta aku kepada Rasulullah, membuatkan aku semakin cinta kepada keluargaku, semakin aku memahami erti persahabatan. Subhanallah, inikah nikmat cintaMu kepadaku? Dengan hanya mendalami perasaan cinta kepadaMu, lantas engkau berikanku perasaan cinta dari semua insan yang berada di sampingku. Inilah cinta kepadaMu Ya Allah, cinta kepada Rasulullah…kerana aku terusik dengan cintanya, maka aku berhijrah ke arah ini. Jalan yang terang, walaupun berliku. Bagiku, biarlah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Biarlah kita merasa susah di dunia untuk menjadi senang di akhirat. InsyaAllah, muslim sejati itu tidur dan rehatnya hanya pada waktu kematiannya. Allah akan memudahkan segala urusan. InsyaAllah, niat baik, pasti akan dipermudahkanNya. 

Orang arif tidak luput daripada rasa berhajat kepada Allah s.w.t. dan tidak berasa senang untuk bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t.

Mudah-mudahan, insan dhaif ini juga seperti itu... mencari diri di dalam diri, terkadang buntu mencari jalan keluar, sedangkan jalannya hanya satu, iaitu melangkah ke jalan yang lurus. Bersambung....

MENGHARAP

12:41 PTG

Mengharap pada manusia?
Sandaran pada manusia
Diri dah tentu leka
Hati turut terluka
Jiwa pasti lelah juga
Jurang dengan Allah semakin terbuka

Apa yang ada?
Suka-suka?
Tiada sengsara?

Jujurlah pada hati anda,
Benarkah bahagia?
Itu yang dipinta?
Jika jawapannya : Ya...
Maka teruslah derita
Wahai pecinta duka
Kerana yang merasa bahagia
Hanya yang berharap pada si Dia

Ayuh mencari cinta!
Bukan pada si dara
Tidak juga kepada sang jejaka
Tetapi cinta yang luar biasa
Cintai ALLAH setiap masa

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu."

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
"Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu"

.:: TarbiyahMu Indah|4.30a.m.|26Disember2011 ::.
Read On 3 ulasan
5:08 PTG
MINGGU USULUDDIN DAN FALSAFAH

[PERSEPSI WANITA TERHADAP FESYEN MASA KINI]
1. Ustazah Nurul Suhadah Shuib (Trainer Nisa' Training Team)
2. Ustazah Fatimah Syarhah (Penulis)

Read On 0 ulasan

Tarbiyah Melahirkan Rijal Aqidah

10:59 PG

Matlamat Tarbiyyah kita ialah untuk melahirkan para ulama’, para pemimpin dan Muslim yang faham konsep ibadah.  Mengeluarkan para Zuhhad, para amilin yang benar-benar berjuang pada jalan Allah s.w.t.  Kita ingin menghasilkan Rijal (pahlawan) yang boleh menanggung  tugas masuliyyah dan amanah.
Oleh itu kita mesti sedar betapa pentingnya kita sekarang ini, melahirkan Murabbi, yang mempunyai sifat-sifat yang boleh dicontohi, yang mampu melahirkan Biah Solehah.
Kita lihat sekarang ini banyak ahli-ahli da’wah yang melibatkan diri dengan projek-projek sampingan ( Juz’iyyat ) dengan harapan kononnya sekiranya ia dapat menyelesaikan perkara itu maka ia akan dapat mengubati  permasalahan dan penyakit sekarang.  Sebagai contoh, oleh kerana Ummah Islam kini menghadapi permasalahan ekonomi, maka ia akan cuba menyelesaikan permasalahan ekonomi terlebih dahulu.
Sebenarnya mereka yang bertindak demikian dianggap belum bersedia dengan persiapan yang cukup.  Iaitu mereka sebenarnya memerlukan pekerja-pekerja yang ikhlas, amanah, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.  Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud :
Sekiranya sesuatu perkara dilakukan oleh yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya “
Walaupun kita melihat jihadnya bersungguh-sungguh tetapi sebenarnya tenaga itu tidak disalurkan pada jalan yang betul.  Noktah Bidayah mestilah betul dan tepat,  kiranya mereka mahu mengIslahkan masyarakat yang ada kini.
Oleh yang demikian, sebagai Harakah Islamiyyah yang benar-benar ingin melihat kejayaan bagi Islam, maka dari awal-awal lagi kita memahami bahawa matlamat kita adalah untuk melahirkan Rijal yang  Soleh.  Setelah lahir para  Rijal ini, maka perkembangan seterusnya akan berjalan dengan baik, iaitu dengan cara yang lebih masyru’.
Kita mesti faham dan sedar bahawa tugas membina Ummah Islamiyyah ini adalah suatu tanggungjawab yang besar, tanggungjawab ini tidak akan dapat dilakukan oleh mereka yang tidak memahami Fikrah Islamiyyah Sohihah, yang tidak berakhlaq dengan akhlaq Islam  yang tinggi dan yang tidak mempunyai semangat Jihad yang besar.  Malah ia hanya dapat dilaksanakan oleh Rijal yang soleh.
Setelah lahir dan wujud individu-individu seperti ini maka barulah kita dapat laksanakan projek-projek  harakah kita dan di samping itu pembentukan ke atas mereka terus berjalan.  Kerana nanti mereka akan menghadapi berbagai ujian dan dugaan yang lebih besar dan lebih hebat.
Inilah method yang diutamakan, yang syar’i dan yang terdapat di dalam Sunnah Rasulullah  s.a.w.  Sebagaimana yang dijelaskan oleh Asy Syahid Sayyid Qutb di dalam Pertunjuk Sepanjang Jalan iaitu pada awal Da’wah Rasulullah s.a.w, baginda menyediakan mereka (para sahabat baginda) dengan persiapan-persiapan yang cukup.  Sehingga baginda mampu melahirkan satu  generasi yang bersih hati, pemikiran dan segala tindakan mereka.
Projek-projek yang akan kita  lakukan kelak adalah mengikut kemampuan Rijal yang dibentuk tadi.  Kemampuan mereka adalah ukuran kita.  Kemampuan dari segenap aspek.
Cara-cara Untuk Melahirkan Rijal-Rijal  Tersebut
1.  Kita hubungkan para anggota kita dengan wirid-wirid dan zikir-zikir Ma’thur dan halaqah-halaqah ‘ibadah.   Menurut Al Imam Asy Syahid Hasan  al Banna, bahawa aspek ruhiyyah adalah antara  aspek terpenting dalam usaha Tarbiyyah Islamiyyah.  Malah ia menganggapnya sebagai tunggak pertama untuk merubah masyarakat.  Firman Allah s.w.t;
Terjemahannya :
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.  Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia . “
(Surah   ar Ra’d : 11 )
Dan juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menyuruh anak-anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun, apabila mereka berumur sepuluh tahun dan sekiranya mereka meninggalkan solat maka pukullah mereka “
Kata Hasan Hudhaibi :“  Dirikanlah negara  Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tertegak di dalam negara kamu “
2. Kita hubungkan mereka dengan suasana keperwiraan, kepahlawanan dan kesungguhan dalam segenap aspek.  Kita lahirkan anggota yang mempunyai fizikal yang sihat dan kuat.  Sesungguhnya tanggung jawab Deen ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya ia dilakukan dengan badan yang sihat.  Kita memberi penerangan kepada mereka tentang jihad di jalan Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang mujahid-mujahid Islam yang lampau.   Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda menganjurkan agar diajar kepada anak-anak kita dengan memanah, berenang, menunggang kuda, sehinggalah mereka cekap.
3. Kita hubungkan ahli-ahli kita dengan majlis-majlis   ‘ilmu .  Samada dalam bidang agama khususnya atau di dalam bidang realiti.  Kita mengusahakan kajian-kajian ilmiah yang luas dan yang memanfaatkan kesemua saudara-saudara Islam kita yang lainnya.  Kit amendalami dalam bidang ilmu al Quran, al Hadith dan  Sirah, khususnya Sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta  kisah-kisah mujahid Islam yang selepasnya.  Kita juga mengisi bidang fikrah ini dengan ilmu-ilmu waqi’.  Kita anjurkan agar membaca buku-buku  ekonomi, dunia luar dan sebagainya.
Ketiga-tiga aspek ini mestilah kita anjurkan pada diri kita dan sahabat-sahabat kita dengan kita meneliti kemampuan mereka dan peningkatan Iman mereka.  Ini semua kita usahakan dalam rangka Tarbiyyah Islam dan untuk mencapai matlamatnya.

rujukan :
Read On 0 ulasan

Tarbiyah Itu Indah

12:56 PTG

<Diari Tarbiyah> 18 Oktober 2011

“...hari ini aku merasakan diriku ditipu…ya, ditipu buat kali keduanya. Cuba untuk memberi peluang kepada diri untuk berlapang dada, namun ikhlas itu sangat sempit di jiwa…hingga sesak untuk bernafas. Mungkin kak hani juga merasakan yang sama, kerana kami menempuhinya bersama-sama… itulah namanya sahabat sejati"  (@_@)
>>>-----------------------------------------------<<<
“hari ini sungguh penat…selepas tutor kajian tarekat, aku berlari ke FSSK (berlari sendirian, bukan berjalan…) .. ada UMMAH TALK ISIUKM…  
Merasa sedikit kecewa hari ini, moga-moga beroleh kekuatan di sana… Allah…aku betul-betul sedih, kecewa & penat hari ini..”

Sedikit lukisan kekecewaan…yang mampu saya coretkan di sini. (Yang selebihnya agak ‘private’ untuk dikongsikan…). Sungguh..! Berkat majlis ilmu…berkat sangkaan baik & pengharapan saya sepanjang hari ini… maka, kemanisan itu saya dapati di akhir-akhir waktu…. Teruja mendengar ceramah yang disampaikan oleh Habib Naqjamuddin bin Habib Othman al-Khered… Seminit dua yang sempat saya ikuti.., terkesan pada kata-kata dari habib, : “Ikhlas…ikhlaslah……  Apa yang diringankan oleh Allah, maka ambillah...,yang penting ikhlas”.

Bukan saya tidak pernah mendengar kata-kata sebegini… kebanyakan ceramah yang berkaitan ikhlas, seringkali membicarakan perkara yang sama. Namun malam ini agak membekas di hati…, kerana ‘ikhlas’ itu sedang berbicara di dalam hati. Allah….!!! Maka hari ini saya merasakan saya tidak cukup ikhlas…masih kurang rasa ikhlas itu, hingga merintih dan merasa dunia sungguh kelam. Di manakah keikhlasan saya dalam menerima setiap ketentuannya..? Ke mana perginya redha & penyerahan diri itu? Sejenak pandangan semakin kabur, antara letih, penat & hiba… Habib Naqjamuddin semakin pudar dari pandangan. Sedetik waktu itu sudah cukup, sebagai peringatan kepada saya manusia yang mudah lalai…

Bukankah indah tarbiyah yang Allah berikan kepada hambanya…? Saya diuji seharian ini, sempat mengeluh, merintih dan meronta…kemudian disedarkan dalam hanya sedetik waktu… Saya tertusuk duri sepanjang hari ini, agar mudah untuk saya merasai keindahan tarbiyah dariNya.

Merasa keindahan tarbiyah dan menikmati rasa ikhlas itu, bukankah lebih manis dari segalanya..? Merasa indahnya Islam, bukankah lebih bernilai dari apa yang ada di muka bumi ini…? Sungguh, saya terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa melemahkan manusia. Saya tertipu dengan segala keletihan dan karenah manusia. Saya gagal melihat keindahan tarbiyah sepanjang hari ini..mujur Allah ar-Rahman menunjukkan jalan dan membuka mata hati ini untuk melihatnya…

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)” al-Baqarah,2 : 155-157.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(3) “. Al-Ankabut, 29 : 2-3.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya al-Baqarah, 2 : 286.

Maka, pada malam itu saya pulang...sambil tersenyum. Senyuman yang terukir di hati... Iya.., malam itu tidur saya dihiasi dengan senyuman... Indahnya TarbiyahMu... (@_@)

Read On 1 ulasan

DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH

6:24 PTG

Ayuh sertai majlis ilmu DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH

anjuran Pusat Islam dgn kerjasama KUFAH

Isnin : Kitab Safinah an-najah
Selasa : Kitab Faridatul Faraid
Rabu : Matan Arjumiah & Matan Bina'
Khamis : Mukhtar Hadith
Jumaat : Tuhfah ar-Raghibin

Program yang berlangsung selama 2 bulan setengah ini akan menghabiskan lebih kurang 6 buah kitab.. di akhir pengajian (dgn kehadiran 70%) akan diberikan sanad oleh sheikh2 yg terpilih.

Untuk pendaftaran kuliah & tempahan kitab, hubungi :

<nama> <Jabatan & fakulti / institusi (luar UKM)> <no.tel> <nama kitab>

Izat JUF/3 (017-3138069)

Hayati JUF/3 (013-6601680)

Kitab Safinah an-najah (rm2.00)

Kitab Faridatul Faraid (rm7.50)

Matan Arjumiah (rm5.00)

Matan Bina' (rm5.00)

Mukhtar Hadith (rm5.00)

Tuhfah ar-Raghibin (rm5.00)

-KUFAH MENUJU GLOKAL-
~Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t. ~
 
Read On 0 ulasan

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

7:33 PG

Mari sama-sama kita memeriahkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar. Berdaftarlah dengan persatuan yang boleh mengajar kita erti hidup yang sebenar, bersamalah kita menyertai persatuan yang membawa kita mengenal Illahi, bersilaturrahin dan menguasai 'soft skill'. Aktiviti yang berguna membawa kita ke laluan yang berguna serta memimpin kita dalam pencarian diri di dalam diri. 

Bersama kita mencari ISI agama, mengisi inti kehidupan. Seperti pepatah indonesia "Berjalan berperhentian, berkata berkesudahan".

"Marilah ke mari. Marilah ke mari!
sebab engkau tak akan mendapat 'sahabat' laksana Aku
Manakah kecintaan sebagai Aku, dalam ujud ini
Marilah ke mari...Marilah ke mari
Jangan kau habiskan umurmu dalam ragu-ragu
Tidak ada pasaran bagi hartamu, lain dari ini
engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
engkau adalah kota yang telah runtuh; Akulah pembangun
Kalau tidak ada pengabdian Insan atas Ku, tidaklah mereka akan merasa bahagia
Pengabdian adalah mutlak Matahari Kebahagiaan"

(Jalaluddin Rumi)
Read On 0 ulasan

Lintasan Hati

3:56 PG

"Ustaz, boleh saya masuk sekali?" "Boleh. Dulu, Nurul pun selalu ikut saya bagi kaunseling". Alang-alang diberi kesempatan untuk menjalankan praktikal di pejabat agama, saya tidak melepaskan peluang untuk menimba sebanyak yang mungkin ilmu dan pengalaman baru. Ustaz Mohd (bukan nama sebenar) adalah pegawai yang ditugaskan untuk memberi sesi kaunseling kepada penduduk sekitar yang memerlukan khidmat kaunseling. Sempat juga saya mempelajari sedikit ilmu kaunseling. Belajar mengenal sifat dan peribadi manusia, serta mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan. 

"Nih, kalau awak nak tau...saya dulu mengaji lambat. Dah tua-tua baru nak sambung belajaq. Susah ni nak sambung belajaq, tambah kalau orang tua macam saya. Tapi Allah memudahkan segala urusan, alhamdulillah saya ambik jugak STP ni, lepas tu sambung masuk universiti. Orang yang pi blajaq semua muda-muda, saya sorang ja tua. Saya tak kira semua tu, saya cuma ingat nak ubah nasib hidup, kita kena usaha untuk maju." Kata-kata Ustaz Mohd, membangkitkan momentum saya yang lemah ini.Jujurnya saya sudah kehilangan punca, tidak mampu memotivasikan diri sendiri. Berkenalan dengan beberapa orang yang bersemangat waja, menjadikan saya kembali bersemangat. Ustaz Mohd juga memberitahu saya bahawa beliau pernah ditugaskan untuk memberi ceramah motivasi untuk penghuni di pusat pemulihan akhlak. Ada juga slot untuk kakitangan kerajaan bagi meniup roh ketuhanan ke dalam diri mereka.

"Bayaran dia...cukup mahai. Sekali bagi ceramah, dapat lumayan jugak la.Sampai la suatu ketika saya diberi satu tajuk yang berkaitan Isra' Mikraj. Buku yang saya rujuk adalah dari penulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pegawai di situ melarang saya dari menyampaikan ceramah kepada penghuni di situ. Tak lama lepas tu, khidmat saya dah tak diperlukan lagi.Apa la sangat dengan buku tu kan? Bukan saya bagi ceramah politik. Sampai lagu tu depa buat kat saya. Tak pa la, semua tu ada hikmahnya". Luahan Ustaz Mohd semakin membuka mata saya. Tidak wujud profesionalisme dalam hal ini. Mengapa soal politik yang mesti dikaitkan, sedangkan matlamat utamanya adalah untuk mengembalikan jiwa-jiwa yang sesat dalam pencarian. Bagaimana untuk kita menjernihkan  segala masalah yang membelenggu dalam masyarakat kita pada hari ini seperti gejala sosial dan sebagainya, jika inti politik seringkali diutamakan? Rasionalkah laungan 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...sedangkan rakyat dibiarkan ke belakang, pencapaian politik 'orang-orang besar' seperti mereka yang diutamakan? Saya fikir, kalau PM kita mampu menghasilkan kitab-kitab ilmiah berunsur agama, sudah pasti tabik hormat saya berikan kepada beliau. 

Bagi saya, perasaan sayang dan cinta saya kepada negara adalah tidak berbelah bahagi. Namun, cinta kepada negara dan cinta kepada kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Sungguh jauh bezanya, lebih jauh dari langit dan bumi. Maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan kenyataan saya ini. Namun jujurnya, inilah yang saya rasakan sejak dahulu...dan perasaan itu masih 'mekar' hingga ke saat ini.

Seorang lagi yang saya baru kenali, Paksu Karim.Seorang pejuang yang tidak pernah putus asa dan tidak gentar dalam perjuangannya. Setiap kali 'orang-orang besar' negara datang ke bandar kami, maka sekumpulan polis akan mengekori paksu Karim. Takut-takut paksu akan 'mengganas'. Mereka risau paksu akan mencederakan 'orang-orang besar' mereka agaknya. Sekitar perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari saya sempat bertandang ke rumah paksu Karim, terdapat 'roadblocks' yang dibuat berhampiran dengan rumah paksu Karim. Tidak ada di hati saya sedetik pun bahawa paksu adalah seorang pengganas. Seorang yang lemah-lembut dan sentiasa memberi khidmat kepada penduduk sekitar pastinya perjuangan untuk negara tercinta, untuk agama yang kita banggakan dan bukan untuk kerajaan boneka ini. Mereka yang menjadikan diri mereka sebagai boneka, mereka yang mempermain-mainkan agama, maka merekalah yang akan menerima padahnya.

Paksu itu bukanlah seorang yang pemarah. Jika dilihat pada raut wajahnya, saya teringat pada Bilal b. Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam yang diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Paksu Karim yang berketurunan mamak dan berkulit agak gelap, pastinya membuat orang yang tidak mengenali beliau menganggap beliau adalah seorang yang garang. Namun, sebenarnya tidak. Wajahnya seperti itu, namun hatinya sungguh halus. Saya masih ingat lagi, sewaktu kedatangan dua orang anak remaja lelaki dan perempuan (belum berkahwin) ke pejabat. Mereka mengadu kepada paksu tentang kehamilan luar nikah si perempuan. Sudah 6 bulan hamil, tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Saya sangkakan mungkin paksu akan menunjukkan reaksi marah atau kecewa dengan perlakuan sumbang mahram mereka, tetapi sebaliknya. Wajah paksu kelihatan tenang, kata-kata yang keluar dari mulutnya berupaya membuat mana-mana individu yang sesat, berkata bahawa 'Inilah tempat luahan masalah kami!'.

"Dah berapa bulan mengandung?"      -"Dah 6 bulan paksu..."
"Mak abah tau tak?"      -"Depa tak tau lagi, takut nak bagitau"
"La ni paksu nak habaq, hampa jangan takut. Tak pa, paksu tak marah. Skang ni kita nak cari jalan keluaq. Dah terlanjur macam ni nak buat macam mana dah. Kesian kat anak tu. Mak abah pun kesian. Awak mengandung ni, rasa la macam mana mak awak mengandungkan awak dulu. Nanti nak bersalin, rasa la macam mana sakit mak awak dulu. Nak mengasuh anak, ingatlah betapa susah mak awak jaga awak dari kecik sampai besar. Awak mesti nak anak awak hidup baik-baik, macam tu la jugak mak awak. Awak dah buat mak awak kecewa...mak awak sedih kalau tau anak dia buat macam ni. Berdosa kat Allah, berdosa kat mak, jangan buat dah benda yang salah. Ingat la, seronok tu sekejap ja, lepas tu...."

"Awak pulak...bayangkan kalau orang buat anak awak mengandung, awak marah tak?" Si lelaki mengangguk. "Skang ni tak pa la..yang dah berlalu tu sudah la. Nak buat macam mana, masa bukan boleh kita putar. Nanti tak pa la, bagitau perlahan-lahan kat mak. Kalau mak nak marah, tak pa. Tahan kejap, tahan..jangan melawan mak. Kalau mak nak pukul, tak pa la..mak marah sekejap. Mintak maaf kat mak. Mak mana yang tak kecewa. Kita kena akur dengan kesalahan yang kita sendiri buat. Mak marah tu tanda sayang, dia tak mau anak dia buat benda-benda tak elok macam ni. Nanti mai lagi jumpak paksu kat sini. Ikut cakap paksu nah.., nanti apa-apa hal telepon paksu" Kedua-dua remaja itu, menangis. Mata paksu turut berlinang air mata. Kata paksu, dia merasa sebak dengan remaja-remaja yang terpesong seperti ini. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang serupa berlaku.Terngiang lagi peristiwa itu di minda. Jujurnya, air mata saya hampir menitis saat itu, namun dapat dibendung (coverline depan paksu). 

Oleh itu di mana kesalahan paksu yang dilihat oleh 'orang-orang besar' itu? Salah mempertahankan agama? Salahkah mempertahankan pegangan Islam? Salahkah menentang individu yang mempermainkan agama, biarpun mereka itu adalah 'orang-orang besar'? Besar sangatkah mereka itu, jika dibandingkan dengan Allah? Bagaimana pula hukum Allah yang dipandang remah oleh 'orang-orang besar' itu... ? 
Allah...diriku masih mentah dalam soal ini. Aku hanyalah hamba yang dhaif. Ampuni daku jika salah dalam memahami jalan kehidupan ini. 

Mencari diri di dalam diri, 
sedang di luar banyak duri, 
moga aku tidak sesat dalam pencarian ini.
TarbiyahNya Indah, lihatlah keindahannya dengan mata hati...
Read On 0 ulasan

SINERGI CINTA_dalam TarbiyyahMu Indah

8:08 PG