Erti Bahagia.
Bahagia....
Bila ditanya kepada kita, “Adakah kita ingin bahagia?” Pastinya
kita semua menginginkan bahagia. Namun, apakah pengertian bahagia bagi kita?
Ada yang merasa bahagia dengan kerja bergaji besar, ada juga
bahagia dengan pangkat besar dan rumah besar, bahkan ada juga yang bahagia
dengan isteri besar!
Benarkah
begitu?
Tanyalah
hati anda. Bisikkan pada jiwa anda secara halus. Dan jawablah dengan penuh
kejujuran.
“Apakah
pengertian bahagia bagi anda?”
“Apakah
perkara yang mampu membahagiakan anda?”
Ada kala kita tercari-cari erti bahagia yang sebenar. Selalu
kita buntu dalam pencarian yang tanpa henti ini. Namun, tidak semua perjalanan
manusia yang mencari-cari kebenaran meraih jawapan secara tepat.
Dan seringkali kita meletakkan syarat untuk bahagia. Perlu rumah
besar, harta yang banyak, mahu popular dan disanjung ramai dan sebagainya. Mengapa
perlu kita meminta ‘mahar’ kepada sang bahagia untuk datang ‘merisik’?
Berlapang dadalah. Terimalah hidup seadanya. Merasakan cukup dengan apa yang
Allah s.w.t. kurniakan, merasa redha dengan kurniaan Allah s.w.t.
Indahnya
hidup bukan kerana ramainya orang yang mengenal kita, namun berapa ramai orang
yang berbahagia kerana kita.
Dan dalam ramainya bersahabat,
Carilah persamaan dalam perbezaan.
Kerana persamaan itu membawa keserasian,
Membuahkan cinta, membangkitkan bahagia.
Indahnya
hidup bukan juga dilihat pada kekayaan dan harta yang dimiliki, tetapi lihatlah
pada kekayaan hatimu.
Berapa
ramai orang yang popular merasa bahagia?
Berapa ramai
orang yang kaya merasakan bahagia yang sebenar?
Walau miskin kita, ataupun kayanya kita...maka, jadilah kita
insan yang bisa merasa erti bahagia. Walau tinggi atau rendah taraf kita,
jadilah insan yang dapat menggenggam bahagia. Kerana bahagia itu bukanlah hak milik peribadi bagi sesebuah masyarakat, bukan pada sekelompok manusia, tetapi
bahagia itu untuk semua, buat jiwa yang bergelar manusia. Bukankah indah hidup ini jika kita mampu berfikir sedemikian rupa?
Mengapa perlu memberatkan kepala memikirkan betapa deritanya hidup kita di
dunia ini?
Allah..Allah...berikanlah
kami merasa cukup dengan segala pemberianMu.
Hidup, begitu singkat. Maka perlu berusaha.
Dalam
mengharungi kehidupan ini...,
Kadangkala...,
Sangkaan kita tidak sama dengan realiti.
Selalunya,
hakikat lebih pahit daripada angan-angan &
andaian.
Namun, itu tidak bererti kita tidak layak untuk
berimaginasi.
Tidak berupaya untuk bercita-cita.
Tidak mampu untuk berusaha.
Percayalah, kalau ada peluang 1% sekalipun,
InsyaAllah...dengan izin Allah,
Maka tiada perkara yang mustahil.
Teringat kalam hikmah dari Us Abdul Rahman Mahmood,
pensyarah kanan di Jabatan Usuluddin & Falsafah UKM sewaktu pengajian Kitab
Minhajul 'Abidin:
"Mintalah apa yang kamu mahu dari Allah,
Allah itu Maha BERKUASA,
kalau itu yang baik buat kamu, pasti Dia akan
beri."
Jom
sama-sama kita berusaha dan berharap pada Allah,
dalam mengejar cita-cita, dalam menuntut ilmu,
dalam mencari rezeki, bahkan dalam mencari jodoh!
Manusia...
Terkadang kita cuba lari dari kenyataan.
Terkadang kita cuba lari dari kehidupan.
Mengapa...?
Kerana kita manusia... manusia biasa.
MOga
suatu hari nanti,
Allah jadikan kita insan luar biasa,
Yang bisa hadapi kenyataan,
Yang dapat tempuhi kehidupan.
Bahagia sebenar.
Dalam
Islam, pencarian bahagia yang hakiki bagi seorang muslim sejati adalah pertemuan dengan al-khaliq. Tuhan
yang menciptakannya. Tuhan yang menghidupkannya.
Kerana apa?
Kerana
dia menyedari, segala yang diperolehi di dunia ini adalah kurniaan dari Allah. Pertemuan
dan cinta, persahabatan dan kesetiaan, perhubungan dan silaturrahim, semuanya
adalah kurniaan Allah s.w.t. Segala gelak tawa, suka duka, semuanya juga adalah
dari rahmat Allah s.w.t.
Mukmin
yang sejati akan merasakan bahawa segala duka dan tawa adalah tarbiyah dari
Allah s.w.t. Duka baginya adalah sebagai pengharapan kepada Allah. Tawanya
melahirkan syukur kepada Allah. Maka, beginilah caranya mereka merasa dekat
dengan Allah. Inilah pencarian bahagia sebenar bagi seorang mukmin.
Sebagaimana
syair yang dikarang oleh seorang ahli sufi, Abu Sa’id ibn Abu Khair yang
berasal dari Khurasan, bertajuk INDAH :
Segala perjalanan menuju
Engkau, adalah INDAH.
Segala wajah
yang bertentangan dengan wajahMu, adalah INDAH.
Segala mata yang bertentang dengan
sinarMU, adalah INDAH.
Segala lisan yang mengulangi namaMu, adalah
INDAH.
Hayatilah doa yang kita baca pada
setiap hari,
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di
dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)
Titipkanlah
harapan sepenuhnya kepada Allah s.w.t., insyaAllah yakinlah bahawa sesungguhnya,
ada bahagia buatmu.
Yakinlah, BAHAGIA itu kita yang punya!!!