This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 17 September 2011

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

Mari sama-sama kita memeriahkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar. Berdaftarlah dengan persatuan yang boleh mengajar kita erti hidup yang sebenar, bersamalah kita menyertai persatuan yang membawa kita mengenal Illahi, bersilaturrahin dan menguasai 'soft skill'. Aktiviti yang berguna membawa kita ke laluan yang berguna serta memimpin kita dalam pencarian diri di dalam diri. 

Bersama kita mencari ISI agama, mengisi inti kehidupan. Seperti pepatah indonesia "Berjalan berperhentian, berkata berkesudahan".

"Marilah ke mari. Marilah ke mari!
sebab engkau tak akan mendapat 'sahabat' laksana Aku
Manakah kecintaan sebagai Aku, dalam ujud ini
Marilah ke mari...Marilah ke mari
Jangan kau habiskan umurmu dalam ragu-ragu
Tidak ada pasaran bagi hartamu, lain dari ini
engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
engkau adalah kota yang telah runtuh; Akulah pembangun
Kalau tidak ada pengabdian Insan atas Ku, tidaklah mereka akan merasa bahagia
Pengabdian adalah mutlak Matahari Kebahagiaan"

(Jalaluddin Rumi)

Lintasan Hati

"Ustaz, boleh saya masuk sekali?" "Boleh. Dulu, Nurul pun selalu ikut saya bagi kaunseling". Alang-alang diberi kesempatan untuk menjalankan praktikal di pejabat agama, saya tidak melepaskan peluang untuk menimba sebanyak yang mungkin ilmu dan pengalaman baru. Ustaz Mohd (bukan nama sebenar) adalah pegawai yang ditugaskan untuk memberi sesi kaunseling kepada penduduk sekitar yang memerlukan khidmat kaunseling. Sempat juga saya mempelajari sedikit ilmu kaunseling. Belajar mengenal sifat dan peribadi manusia, serta mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan. 

"Nih, kalau awak nak tau...saya dulu mengaji lambat. Dah tua-tua baru nak sambung belajaq. Susah ni nak sambung belajaq, tambah kalau orang tua macam saya. Tapi Allah memudahkan segala urusan, alhamdulillah saya ambik jugak STP ni, lepas tu sambung masuk universiti. Orang yang pi blajaq semua muda-muda, saya sorang ja tua. Saya tak kira semua tu, saya cuma ingat nak ubah nasib hidup, kita kena usaha untuk maju." Kata-kata Ustaz Mohd, membangkitkan momentum saya yang lemah ini.Jujurnya saya sudah kehilangan punca, tidak mampu memotivasikan diri sendiri. Berkenalan dengan beberapa orang yang bersemangat waja, menjadikan saya kembali bersemangat. Ustaz Mohd juga memberitahu saya bahawa beliau pernah ditugaskan untuk memberi ceramah motivasi untuk penghuni di pusat pemulihan akhlak. Ada juga slot untuk kakitangan kerajaan bagi meniup roh ketuhanan ke dalam diri mereka.

"Bayaran dia...cukup mahai. Sekali bagi ceramah, dapat lumayan jugak la.Sampai la suatu ketika saya diberi satu tajuk yang berkaitan Isra' Mikraj. Buku yang saya rujuk adalah dari penulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pegawai di situ melarang saya dari menyampaikan ceramah kepada penghuni di situ. Tak lama lepas tu, khidmat saya dah tak diperlukan lagi.Apa la sangat dengan buku tu kan? Bukan saya bagi ceramah politik. Sampai lagu tu depa buat kat saya. Tak pa la, semua tu ada hikmahnya". Luahan Ustaz Mohd semakin membuka mata saya. Tidak wujud profesionalisme dalam hal ini. Mengapa soal politik yang mesti dikaitkan, sedangkan matlamat utamanya adalah untuk mengembalikan jiwa-jiwa yang sesat dalam pencarian. Bagaimana untuk kita menjernihkan  segala masalah yang membelenggu dalam masyarakat kita pada hari ini seperti gejala sosial dan sebagainya, jika inti politik seringkali diutamakan? Rasionalkah laungan 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...sedangkan rakyat dibiarkan ke belakang, pencapaian politik 'orang-orang besar' seperti mereka yang diutamakan? Saya fikir, kalau PM kita mampu menghasilkan kitab-kitab ilmiah berunsur agama, sudah pasti tabik hormat saya berikan kepada beliau. 

Bagi saya, perasaan sayang dan cinta saya kepada negara adalah tidak berbelah bahagi. Namun, cinta kepada negara dan cinta kepada kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Sungguh jauh bezanya, lebih jauh dari langit dan bumi. Maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan kenyataan saya ini. Namun jujurnya, inilah yang saya rasakan sejak dahulu...dan perasaan itu masih 'mekar' hingga ke saat ini.

Seorang lagi yang saya baru kenali, Paksu Karim.Seorang pejuang yang tidak pernah putus asa dan tidak gentar dalam perjuangannya. Setiap kali 'orang-orang besar' negara datang ke bandar kami, maka sekumpulan polis akan mengekori paksu Karim. Takut-takut paksu akan 'mengganas'. Mereka risau paksu akan mencederakan 'orang-orang besar' mereka agaknya. Sekitar perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari saya sempat bertandang ke rumah paksu Karim, terdapat 'roadblocks' yang dibuat berhampiran dengan rumah paksu Karim. Tidak ada di hati saya sedetik pun bahawa paksu adalah seorang pengganas. Seorang yang lemah-lembut dan sentiasa memberi khidmat kepada penduduk sekitar pastinya perjuangan untuk negara tercinta, untuk agama yang kita banggakan dan bukan untuk kerajaan boneka ini. Mereka yang menjadikan diri mereka sebagai boneka, mereka yang mempermain-mainkan agama, maka merekalah yang akan menerima padahnya.

Paksu itu bukanlah seorang yang pemarah. Jika dilihat pada raut wajahnya, saya teringat pada Bilal b. Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam yang diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Paksu Karim yang berketurunan mamak dan berkulit agak gelap, pastinya membuat orang yang tidak mengenali beliau menganggap beliau adalah seorang yang garang. Namun, sebenarnya tidak. Wajahnya seperti itu, namun hatinya sungguh halus. Saya masih ingat lagi, sewaktu kedatangan dua orang anak remaja lelaki dan perempuan (belum berkahwin) ke pejabat. Mereka mengadu kepada paksu tentang kehamilan luar nikah si perempuan. Sudah 6 bulan hamil, tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Saya sangkakan mungkin paksu akan menunjukkan reaksi marah atau kecewa dengan perlakuan sumbang mahram mereka, tetapi sebaliknya. Wajah paksu kelihatan tenang, kata-kata yang keluar dari mulutnya berupaya membuat mana-mana individu yang sesat, berkata bahawa 'Inilah tempat luahan masalah kami!'.

"Dah berapa bulan mengandung?"      -"Dah 6 bulan paksu..."
"Mak abah tau tak?"      -"Depa tak tau lagi, takut nak bagitau"
"La ni paksu nak habaq, hampa jangan takut. Tak pa, paksu tak marah. Skang ni kita nak cari jalan keluaq. Dah terlanjur macam ni nak buat macam mana dah. Kesian kat anak tu. Mak abah pun kesian. Awak mengandung ni, rasa la macam mana mak awak mengandungkan awak dulu. Nanti nak bersalin, rasa la macam mana sakit mak awak dulu. Nak mengasuh anak, ingatlah betapa susah mak awak jaga awak dari kecik sampai besar. Awak mesti nak anak awak hidup baik-baik, macam tu la jugak mak awak. Awak dah buat mak awak kecewa...mak awak sedih kalau tau anak dia buat macam ni. Berdosa kat Allah, berdosa kat mak, jangan buat dah benda yang salah. Ingat la, seronok tu sekejap ja, lepas tu...."

"Awak pulak...bayangkan kalau orang buat anak awak mengandung, awak marah tak?" Si lelaki mengangguk. "Skang ni tak pa la..yang dah berlalu tu sudah la. Nak buat macam mana, masa bukan boleh kita putar. Nanti tak pa la, bagitau perlahan-lahan kat mak. Kalau mak nak marah, tak pa. Tahan kejap, tahan..jangan melawan mak. Kalau mak nak pukul, tak pa la..mak marah sekejap. Mintak maaf kat mak. Mak mana yang tak kecewa. Kita kena akur dengan kesalahan yang kita sendiri buat. Mak marah tu tanda sayang, dia tak mau anak dia buat benda-benda tak elok macam ni. Nanti mai lagi jumpak paksu kat sini. Ikut cakap paksu nah.., nanti apa-apa hal telepon paksu" Kedua-dua remaja itu, menangis. Mata paksu turut berlinang air mata. Kata paksu, dia merasa sebak dengan remaja-remaja yang terpesong seperti ini. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang serupa berlaku.Terngiang lagi peristiwa itu di minda. Jujurnya, air mata saya hampir menitis saat itu, namun dapat dibendung (coverline depan paksu). 

Oleh itu di mana kesalahan paksu yang dilihat oleh 'orang-orang besar' itu? Salah mempertahankan agama? Salahkah mempertahankan pegangan Islam? Salahkah menentang individu yang mempermainkan agama, biarpun mereka itu adalah 'orang-orang besar'? Besar sangatkah mereka itu, jika dibandingkan dengan Allah? Bagaimana pula hukum Allah yang dipandang remah oleh 'orang-orang besar' itu... ? 
Allah...diriku masih mentah dalam soal ini. Aku hanyalah hamba yang dhaif. Ampuni daku jika salah dalam memahami jalan kehidupan ini. 

Mencari diri di dalam diri, 
sedang di luar banyak duri, 
moga aku tidak sesat dalam pencarian ini.
TarbiyahNya Indah, lihatlah keindahannya dengan mata hati...

Jumaat, 16 September 2011

SINERGI CINTA_dalam TarbiyyahMu Indah

                                Sinergi Cinta
 Bab 1

Heningnya malam, tidak sedikitpun bisa mengubah perasaan tiap-tiap manusia yang berada di sampingku.  Mak, abah, along, angah, adik…..suami tercinta.., serta semua saudara terdekat, kini berada di sampingku. Ada majlis apakah waktu-waktu begini? Aku terdengar tangisan, entah dari mana datangnya. Pandanganku terasa kabur, samar-samar…

Aku merasakan sakit yang teramat sangat. Di saat ini, terngiang-ngiang kisah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Di saat ajal menjelma, bukan kesakitan diri baginda yang dirasakan, tetapi penderitaan ummatnya. Kalimah ‘ummati..ummati’ keluar dari mulut baginda. Bagaimana pula dengan aku? Di saat ini Ya Allah, sakit yang aku rasakan.  Beginikah rasanya mati? Di saat ini juga, tubuhku terasa sangat sejuk, kakiku menggigil. Namun, tangan kecilku merasa suatu kehangatan. Sepasang tangan yang halus, lembut menggenggam tanganku. Tenteram kurasakan. Bibirnya basah membaca kalimat Tuhan…
“salamunqaulammirrabbirrahim…..salamunqaulammirrabbirrahim…salamunqaulammirrabbirrahim”. Allah… Tenangnya kurasakan. Tiba-tiba titisan jernih jatuh membasahi tanganku. Bacaan Yasin terhenti seketika. Ada tangisan yang cuba ditahan. Air jernih itu semakin deras.

Abang..maafkan Ana.. Ana bukan isteri yang terbaik buat abang… Ana  tak mampu bertahan lagi…”.  Hati kecilku berbisik, namun tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Wa la haula wa la quwwata illa billah

Di saat ini aku turut menangis. Apa yang aku tangiskan..? Adakah kerana aku merasa kesakitan yang amat sangat? Atau kerana aku takutkan ajal yang semakin mendekatiku? Mungkin juga perasaan tidak mahu berpisah dengan suami tercinta dan seluruh ahli keluarga yang lain..? Tubuhku terasa dingin.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tiba-tiba pandanganku menjadi kelam. Aku seolah-olah berada di masa silam. Aku berada di sebuah tempat, yang tidak asing lagi bagiku. SMK Abu Bakar As-Siddiq. Saat itu aku terasa sangat lemah. Kepalaku terasa begitu berat sekali. Perjalananku dari surau ke asrama perempuan terasa jauh berbatu. Hati ini bagaikan terluka setelah mendengar gosip panas dari mulut teman-temanku. “Wah… kawan kita, Haneeza.. sekarang ni couple dengan Syukran! Sangat secocok mereka berdua, bagai pinang dibelah dua..!” Itu antara yang kudengar keluar dari mulut Faridah, teman karibku. Banyak lagi berita-berita hangat yang kudengari, sengaja tidak ku endahkan. Haneeza, sahabatku… antara pelajar tercantik di sekolah. Bagi semua orang, dia memang secocok dengan Syukran, pelajar yang terkenal dengan suaranya yang merdu. Aku…? Insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan. Siapalah aku jika dibandingkan dengan Haneeza. Usahaku ke surau untuk mencari ketenangan, menemui jalan buntu. Aku tidak merasa tenang, bahkan semakin tertekan. Aku cuba melupakan gosip liar ini.

Kakiku melangkah longlai. Perlahan-lahan, sehingga akhirnya aku melalui sebuah papan kenyataan. Aku cuba untuk meneruskan langkah kakiku. Seandainya aku kuat, pasti segala penyiksaan hati ini akan berakhir! Cuba kupujuk hati ini. Langkah kakiku terhenti seketika. Aku mengundur semula. Bagi melupakan segala keresahan di jiwa, ku paksa diri ini untuk membaca notis-notis yang terpampang pada papan kenyataan. Tiada apa yang menarik, hanya beberapa pengumuman yang lapuk dek terkena hujan dan panas.  Ada satu artikel lusuh berwarna merah jambu, warna kegemaranku. ‘Kisah kewafatan Nabi s.a.w.’. Hati ini terasa bosan untuk meneliti bait-bait artikel yang kelihatan tidak menarik dan buruk. Bagiku, artikel perlu kelihatan menarik, barulah orang yang melihatnya tertarik. Namun, entah mengapa walau hati tidak merelakan akan tetapi mata liar menuruti tiap baris yang terkandung dalam artikel ini.

((Ya Rasulullah…..Nabi Muhammad s.a.w. , insan teragung, sebaik-baik kejadian, menjadi contoh sepanjang zaman. Paling mulia akhlaknya. Semulia mana baginda di hati kita? Wahai ummat Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita ikuti kisah kewafatan Nabi s.a.w. Moga-moga cinta kita padanya akan lahir, akan subur, akan mekar indah dan berbunga cinta. InsyaAllah…
Di saat Nabi Muhammad s.a.w. merasa sakit dan lemah, tiba-tiba dari luar pintu rumah baginda, terdengar suara yang mengucap salam. “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah yang memalingkan badannya dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang sudah membuka mata. Kemudian bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tidaklah saya mengetahuinya, orang seperti itu baru kali ini aku melihatnya,” Fatimah menjawab dengan penuh sopan. Lalu, baginda menatap puterinya. “Ketahuilah wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” Ungkapan Rasulullah itu menikam jiwa Fatimah. Rasulullah meminta tetamu itu dijemput masuk.
Malaikat maut datang menghampiri, lantas baginda menanyakan Jibril, mengapa tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Wahai Jibril, jelaskan padaku, apakah yang menjadi  hak bagi diriku di hadapan Allah kelak?” “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah merasa lega, bahkan mata baginda  penuh kebimbangan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi. Lantas baginda bertanya lagi, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuawatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik getir semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan-lahan ruh baginda ditarik. Kelihatan seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat leher menegang. ”Jibril, sakitnya sakaratul maut ini…” Perlahan Rasulullah mengaduh. Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau memalingkan wajahmu, wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,.. jangan kepada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dada sudah tidak bergerak lagi. Bibir baginda bergetar seakan membisikkan sesuatu.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu).” Di luar, pintu terdengar tangis bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menangkup wajahnya dangan tangan, dan Ali r.a. mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii…!!! (Umatku, umatku, umatku…!!!).” Maka berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai baginda sedalam cintanya kepada kita? Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita. ))
Suasana petang di asrama Abu Bakar as-Siddiq sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut dedaun yang lebat di pohon rendang. “Aduh…rasa macam sakit perut la…tandas..tandas…”, Haneeza, rakan sekelasku berlari sambil diekori sepasang anak mata milik jejaka bernama Syukran. “Ah, peduli apa…! Aku kan ada Allah… lelaki yang aku cinta Rasulullah….! Muslimat sejati takkan ber‘couple’…!!!” Hati kecilku yang lemah imannya, tiba-tiba bersuara. Tegas bunyinya. Namun, hati kecilku ini masih lagi meragui sama ada bisikan halus itu benar-benar kerana Allah atau kerana suatu istilah berduri yang dinamakaan..C.E.M.B.U.R.U“Aduh, kalau demam boleh diubati, tapi penyakit hati seperti ini tidak ada doktornya. Mana nak cari doktor cinta?” Aku mengabaikan sahaja rintihan-rintihan hatiku. Terasa terlalu banyak gangguan syaitan yang bersarang di dalam benak hati ini. “Astaghfirullahal’aziim… Astaghfirullahal’aziim…”....

Cuti tahunan berlalu seperti biasa pada setiap tahun. Saat itu barulah aku berpeluang menemui ahli keluargaku yang lain. Jika diikutkan bukanlah selama ini tidak berpeluang, cuma…aku lebih selesa jika tidak pulang ke rumah. Beberapa kali juga emak menyuruhku pulang di saat cuti Tahun Baru Cina atau Thaipusam, sengajaku beralasan, sedangkan rumahku hanya beberapa kilometer dari asrama. Kerinduan seorang ibu sentiasa melebihi anaknya. Itulah kasih sayang ibu. Mungkin suatu hari nanti apabila aku berpeluang menjadi ibu, pasti aku dapat memahami perasaan itu dengan lebih mendalam. Berpeluangkah aku…? Persoalan itu sentiasa timbul di benakku. Andaian awal dariku, ‘Aku tidak sebertuah orang lain’...

Kepulanganku ke rumah sentiasa disambut baik oleh mak dan abah. Namun tidak bagi adik-beradikku yang lain. Maklumlah, aku ini dilihat sebagai anak yang banyak menurut dari melawan, anak yang banyak bekerja dari bercakap, anak yang paling ‘cergas’ dan ‘sihat’. Hijrahku dalam pemakaian tudung labuh, rupanya tidak disenangi oleh mak dan kedua orang kakakku. Kakakku selalu mengherdik dan melarangku  dari berpakaian seperti ‘ustazah’. Kata kakak, munafik gayanya. Buat malu saja. Kata emak pula, pakai tudung biar bersederhana, tak perlu labuh. Ah…! Aku tidak dapat merasakan di mana rasionalnya kata-kata mereka.

Pernah suatu petang kulemparkan sehelai tudung labuh ke arah emakku, sebaik sahaja dia menyatakan larangan itu kepadaku. Perbuatanku itu agak keterlaluan kurasakan. Aku merintih sendirian, mengenang nasibku ini. Benarlah kata ustazah, apabila seseorang itu nak berubah, ada sahaja dugaan yang datang. Dugaan itu bukan untuk membuat kita putus asa, bukan untuk menjatuhkan kita. Tetapi untuk meninggikan darjat kita. Itulah kasih Allah. Lama-kelamaan ahli keluargaku dapat menerima perubahanku. Daripada membenarkan aku untuk berhijrah ke tudung labuh, makanan syubhah dan halal juga dititikberatkan. Ya Allah…Ya Rasulullah….. cintaku kepadaMu melebihi semuanya… Alhamdulillah Ya Allah…

Memulakan langkah itu memang perit…
bertatih..jatuh...dan bangun semula…
        terasa diri kembara sendirian…
        hati sentiasa mengimpikan syurga idaman…
        sedangkan diri tak tahan dengan ujian…
        kerdilnya diri bila menghitung titisan jernih…
        titisan air mata kecewa…
        rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… kepada 
Tuhan Yang  Maha Esa.

Dua, tiga bulan berlalu. Tahun silih berganti. Alhamdulillah, hati aku semakin tenang, kerana aku merasai suatu cinta yang hakiki. “Allah melihat kita. Allah mendengar kita. Allah bersama-sama kita. Allah membantu kita…hamba-hambaNya yang beriman. Yakinlah pada janji Allah, insyaAllah…semua yang berlaku ada hikmahnya, ada makna disebaliknya.” Perubahan demi perubahan aku lalui. Pelbagai ujian dan tohmahan aku terima. Aku melalui zaman persekolahan dengan penuh tabah. Semakin aku cuba berubah, semakin banyak ujian yang menimpa. Aku cuba laluinya dengan tabah. Jujurnya, insan yang bernama Fatin Farhana ini sungguh lemah. Ayat ke 139, surah ali-Imran sentiasa menjadi peganganku agar tidak terpesong dari landasan sebenar.

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali Imran:139)

Aku semakin mengenal apa itu Islam. Ku fahami konsep usrah, dakwah, perasaan manisnya bekerja dalam jemaah Islamiah. Aku juga lebih mengenal apa itu cinta. Cinta yang hakiki...Cinta aku kepada Allah.., cinta aku kepada Rasulullah, membuatkan aku semakin cinta kepada keluargaku, semakin aku memahami erti persahabatan. Subhanallah, inikah nikmat cintaMu kepadaku? Dengan hanya mendalami perasaan cinta kepadaMu, lantas engkau berikanku perasaan cinta dari semua insan yang berada di sampingku. Inilah cinta kepadaMu Ya Allah, cinta kepada Rasulullah…kerana aku terusik dengan cintanya, maka aku berhijrah ke arah ini. Jalan yang terang, walaupun berliku. Bagiku, biarlah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Biarlah kita merasa susah di dunia untuk menjadi senang di akhirat. InsyaAllah, muslim sejati itu tidur dan rehatnya hanya pada waktu kematiannya. Allah akan memudahkan segala urusan. InsyaAllah, niat baik, pasti akan dipermudahkanNya. 

Orang arif tidak luput daripada rasa berhajat kepada Allah s.w.t. dan tidak berasa senang untuk bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t.

Mudah-mudahan, insan dhaif ini juga seperti itu... mencari diri di dalam diri, terkadang buntu mencari jalan keluar, sedangkan jalannya hanya satu, iaitu melangkah ke jalan yang lurus. Bersambung....

GAMES YANG MENHINA ISLAM (WAJIB BACA)

Sewaktu menjenguk ke satu blog, saya tertarik dengan entry yang berbunyi 'Games Yang Menghina Islam (Wajib Baca)" Maka disini saya cuba kongsikan sedikit info yang berguna sekadar yang termampu (berikutan kekangan masa). Moga-moga dengan input yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua, khususnya kepada para remaja di luar sana.

1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
2) Clive Barker Undying
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan. Saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Sahabat boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 klik di sini untuk mendengarnya

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

Pada pandangan saya, tidak salah untuk kita menggunakan kecanggihan IT yang ada untuk berhibur seketika. Namun perlu diingat, jika ianya digunakan secara berlebihan hingga melalaikan, maka ianya akan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Kita sebagai ummat Islam juga seharusnya peka dengan apa yang berlegar di sekeliling kita. Golongan anti Islam sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan ummat Islam dalam segenap sudut. Salah satunya melalui 'games' yang dilihat semakin mendapat tempat di hati remaja. Janganlah kerana terlalu taksub dengan permainan games sehingga secara tidak sedar kita telah menghina agama yang kita banggakan ini. Maka berhati-hatilah agar kita tidak mensyirikkan Allah dan melakukan dosa tanpa kita sedari.

"Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui"

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

7:33 PG

Read On 0 ulasan

Lintasan Hati

3:56 PG

8:08 PG

3:23 PG