Khamis, 25 Ogos 2011

Suatu Permulaan...

بسم الله الرحمن الرحيم

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3 : 191)

Assalamualaikum w.b.t.
Salam 1 Akidah, Salam 1 Ummah, Salam Muhibbah. Semoga kalian mekar dengan senyuman.

Sudah lama rasanya, hasrat hati ini ingin mewujudkan sebuah blog yang bermanfaat buat para pembaca. Memberi sesuatu yang berguna kepada masyarakat, ibarat membawa sinar dalam kehidupan. Memberi itu tanggungjawab sosial bagi setiap insan. Ketika kita memiliki sesuatu kemudian kita memberi, itulah yang seharusnya berlaku. Dan memberi sesuatu di saat kita sendiri merasa kekurangan, maka nilainya sungguh luar biasa,  sungguh istimewa. Itu yang saya harapkan, itu yang saya idamkan. Namun, tergendala seketika, mungkin kerana saat itu bukanlah masa yang sesuai. Sekuat mana daya usaha manusia, sebaik mana perancangan manusia, tidak akan berlaku jika Allah tidak mengizinkan ia terjadi. Sesungguhnya manusia merancang, Allah juga ada perancanganNya, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah s.w.t. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allahu Ya ‘Alim... Syukur, masa yang terluang begitu panjang sepanjang cuti sem pada kali ini dapat saya manfaatkan sebaiknya dengan kelahiran blog ini.

Seketika terasa diri ini sangat hina, jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat di luar sana. Mereka berhempas-pulas meredah medan dakwah yang berduri, sedang diri ini masih dalam dilema dan dibelenggu masalah yang entah bila akan berakhir. Persoalan ‘anakku Sazali’, ‘nilai timbangan seketul emerald’, ‘masalah global’ dan sebagainya sentiasa mengganggu perjalanan musafir ini.

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2 : 155)

Selagi manusia hidup di dunia ini, Allah tidak akan membiarkan manusia hidup begitu sahaja. Selagi manusia ada di muka bumi ini, Allah akan menguji mereka. Dan ujian itu adalah untuk mendekatkan diri hamba kepada penciptanya. Moga-moga kita menjadi orang-orang yang sabar. Di dalam kitab al-Hikam, karangan Ibn ‘Athoillah ada menyentuh tentang Qabadh dan Basath. Saya sungguh tertarik dengan kata-kata Ibn ‘Athoillah :

“Dilapangkan kamu (diberi kegembiraan) supaya kamu tidak ditinggalkan dalam ketakutan. Diberikan rasa takut supaya kamu tidak ditinggalkan dalam kesukaan. Dibebeskan kamu dari kedua-duanya supaya kamu tidak ditarik oleh sesuatu selain Dia.”

“Orang Arif, ketika diberikan nikmat kelapangan atau kegembiraan akan lebih merasa takut daripada saat diberikan kesempitan dan ketakutan, kerana tidak dapat tegak di atas batas-batas kesopanan dalam keadaan kesenangan kecuali sedikit.”

Sungguh, saya bukanlah seperti golongan arifin, yang lebih memilih ujian ketakutan dan kesempitan. Moga waktu terluang ini, dapat saya post-mortem, bermuhasabah diri, mentarbiyyah diri, kerana sesunggunya tarbiyyah itu indah, sungguh indah. Walau ia perit, walau terkadang amat menyakitkan, tarbiyyah tetap indah, tetap manis, kerana ia kurniaan Allah bagi mendidik hambaNya, menjadi khalifah di muka bumi. Keindahan itu pasti dapat dilihat, bagi orang-orang yang berusaha untuk melihatnya.

Kelahiran blog ini, adalah sebagai penebus rasa bersalah saya kerana telah mengingkari perjanjian dalam jalan dakwah ini, sebagai pengganti masa terluang yang dibazirkan begitu lama dengan ‘berehat’ dan ‘bersenang-lenang’ melayan masalah sendiri, juga untuk melaksanakan hajat yang tertunda. Maka, dengan penghasilan blog yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan dengan blog-blog yang terhangat di pasaran), diharapkan sedikit-sebanyak dapat memberi input yang berguna kepada para pembaca. Moga dapat menyinari hati-hati yang kelam, dapat menyejukkan jiwa-jiwa yang ketandusan, juga memberi kekuatan dan inspirasi buat semua rakan seperjuangan. Secebis usaha ini, moga-moga mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. dan diberkatiNya. Ameen. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Suatu Permulaan...

Label: